Fasa Kematangan

on Wednesday, August 29, 2012

Umur saya sudah berangka 25 tahun . Maknaya sudah 25 tahun saya hidup di bumi Allah ini ..Syukur, masih dipanjangkan usia , masih boleh melakukan ibadat kepadaNya . Kini , dalam usia sebegini saya sedang memasukki fasa kematangan di mana sebelum ini saya bergantung kepada ibu ayah  . Namun kini, saya perlu menjalani , menguruskan hidup sendiri tanpa mengharapkan ibu ayah yang semakin berusia . Tidak mahu menyusahkan mereka lagi . 

Ketika mengambil keputusan berpindah dari rumah ibu bapa saya , saya sedikit tidak gundah gulana .Saya tidak takut untuk mengambil keputusan ini . Rumah ini bukanlah rumah semata , inilah 'business centre' saya . Tempat saya mencari rezeki . 

Saya pernah tinggal di rumah sewa , sewaktu tahun akhir di Universiti Malaya dahulu . Saya pernah melalui fasa-fasa kesusahan di mana saya yang 'susah' dari segi duit ringgit terpaksa tinggal di rumah sewa kerana tidak mendapat tempat di hostel . Saya berasa sangat terpaksa . Tiada pilihan waktu itu . 

Namun, saya bersyukur kerana mendapat 'housemate' yang baik-baik belaka. Mereka selalu belanja saya makan . Mendahulukan wang mereka untuk membeli barang dapur ( kami akan kumpul duit dan akan shopping barang dapur bersama-sama ) :)  Mereka tidak berkira dengan saya,mungkin kasihan kepada saya kerana masih belajar dan perlukan wang yang banyak . Saya hanya mendapat separuh sahaja pinjaman PTPTN. Memang tidak 'mampu' untuk shopping bagai seperti rakan yang lain . 

Saya pernah susah. Sewaktu belajar, emak mengirim wang, cukup-cukup untuk makan sahaja. Di mana saya  perlu agihkan duit untuk fotostat , untuk pengangkutan lagi dan lain-lain lagi . Kadang-kadang saya ingin juga keluar bersama rakan-rakan , tetapi saya hanya akan pilih destinasi yang 'murah-murah' sahaja. Bukan tidak teringin untuk mengikut mereka, tetapi keadaan wang yang sering tidak mengizinkan saya . Destinasi yang selalu saya pergi dengan kawan baik saya, Yana ialah Jalan Tunku Abdul Rahman. Kami ke sana hanya untuk mencuci mata . merehatkan minda. Kadang-kadang 'terbeli' juga tudung atau baju yang murah-murah sahaja ... Biasalah, nama pun wanita ..itulah yang sentiasa diminati ..: ) 

Itu kisah pada tahun 2009 .. Ketika masih belajar . Kini , saya sudah mempunyai wang sendiri . Saya sangat menghargai setiap sen yang saya miliki. Kerana saya pernah susah, saya tahu apa itu erti susah. Saya masih 'sayang' untuk berbelanja untuk perkara yang tidak sepatutnya . Hanya mengutamakan apa yang perlu dan penting sahaja . 

Wajah semasa berumur 22 tahun , Final Year  :) 
Meniti fasa kematangan ini , amat memerlukan kesabaran dan kekuatan dalaman. Jika kita tidak kuat , pasti kita akan merungut, menyalahkan orang lain . Saya mahu menjadi kuat . Saya mahu berdikari . Saya mahu berjaya . Anda juga, mari kita kuat , mari kita berdikari dan mari kita berjaya ......^  . ^ 

Eid Mubarak 1433 H 

Terima Kasih Daun Keladi

Post ini saya tujukan khas buat semua pelanggan Let's Goegeus Enterprise yang telah membeli dengan saya . Tidak lupa juga kepada yang bertanya , kalau-kalau minat jangan lupa inform saya untuk order ya ..:) 

Alhamdulillah, belum setahun lagi perniagaan saya ,saya telah mempunya ramai pelanggan tetap. Syukur. Terima Kasih kerana mempercayai setiap produk yang saya pasarkan , terima kasih kerana memilih saya untuk membuat pembelian sedangkan terdapat ramai lagi seller di luar sana . Mungkin anda senang berurusan dengan saya ;)

Tanpa pelanggan , siapalah seorang penjual . Tanpa pelanggan apalah erti sebuah perniagaan . Tanpa pelanggan , sia-sia saja Sijil Daftar SSM yang tergantung di premis ...;) Perniagaan produk kesihatan ini banyak persaingannya, namun saya kuatkan hati juga, dengan semangat dan du'a daripada ibu saya , 'mentor' saya dalam perniagaan dan juga rakan bisnes saya . Saya gagahi jua walau kekangan modal. Ya, Modal merupakan musuh utama sesebuah perniagaan . Namun , saya tidak mahu menjadikan ia suatu masalah, saya akan cuba berusaha mengatasinya . InshaALLAH ...

Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua pelanggan saya. Moga Allah Taala meluaskan lagi rezeki kalian . Moga ukhwah kita bukan hanya sebagai penjual dan pembeli, saya lebih suka berkawan dengan setiap pelanggan saya . :)

Terima kasih daun  keladi ,
Ada rezeki , beli lagi ... :p 

Kisah Adam


Khusyuknya Adam !! :)


Ini Adam Darwisy . Dia merupakan pelajar baru saya . Adam berumur 6 tahun , menuntut di sebuah Tadika di Balik Pulau . Ibunya telah mendaftarkannya ke Pusat Tuisyen saya sejak akhir Jun yang lalu . 

Ibu Adam mengenali saya melalu laman Facebook . Lalu bertanya adakah saya menerima pelajar berumur 6 Tahun untuk belajar . Ya, saya menerima dengan tangan terbuka . Ibunya juga memaklumkan kepada saya bahawa Adam masih belum dapat membaca . Mengeja masih merangkak-rangkak . Di Tadika pula, gurunya memberitahu bahawa mereka tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada Adam kerana jumlah pelajar yang ramai . Biasalah, inilah yang sering terjadi di sekolah-sekolah ...:) 

Adam datang belajar dengan saya . Saya mengajarnya mengeja suku kata asas terlebih dahulu . Minggu pertama dia belajar, masih belum lancar mengeja suku kata . Alhamdulillah, berkat usahanya, pada minggu kedua pembelajarannya di sini , dia sudah dapat mengeja perkataan-perkataan asas . Dan saya sudah mengajarnya membaca karangan pendek . Alhamdulillah . 

Saya sangat 'tabik' dengan ibu Adam yang berusaha menghantar anaknya untuk belajar di tuisyen walaupun anaknya masih berumur 6 tahun . Inilah ibu bapa yang peka kepada pembelajaran  anak-anak. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka . 

Saya berazam , akan membimbing Adam sehingga Adam boleh membaca dengan lancar sebelum dia memasukki Tahun 1 . Ini tanggungjawab saya . Saya yakin Adam mampu, ini kerana Adam mempunyai minat dan semangat untuk belajar . Dia suka datang ke tuisyen, walaupun cuti dia akan bertanya kepada ibunya , bila boleh ke tuisyen . :) 

Adam oh Adam, moga Adam berjaya bukan hanya dengan ilmu dunia, inshaAllah ilmu akhirat juga . Aamiin .. ;)

Penawar Penyakit Kronik


KHASIAT : 


1) Kencing manis
2) Darah tinggi
3) Buasir dan sembelit
4) Migrain, mabuk dan pening-pening
5) Sakit buah pinggang
6) Kolestrol tinggi
7) Darah kotor
8) Lemah jantung
9) Bisul dan tumor
10)Kebas-kebas anggota badan
11)Senggugut
12)Semput-semput
13)Keracunan makanan
14)Gatal-gatal anggota badan
15)Lemah badan, lesu
16)Masalah ginjal dan pundi kencing
17)Berak berdarah
18)Melawas pembuangan air besar dan kecil
19)Mencegah pembentukan batu karang, tumor, kanser dll
20)Mengurangkan kandungan gula dalam darah atau air kencing
21)Membantu proses mencuci dan menyingkirkan sisa toksid dari badan dan darah
22)Membantu menyembuhkan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh penyakit kencing manis seperti :
a) Luka yang sukar sembuh
b) Gatal-gatal di sekitar luka dan kudis
c) Mata rabun dan sebagainya

Pesanan penaja :

- Wanita hamil juga boleh mengambil Jus J14 Ad-Dhuha


- Amat sesuai sekali kepada warga emas/tua

- Kepada anda yang menghidap kencing manis kronik, disaran

kan supaya mengambil 4

 kotak Jus J14 Ad-Dhuha sekaligus (minum secara berterusan)


- Ini adalah persediaan tradisional, sekiranya penyakit berlarutan, berhenti dari

meminumnya. Sila dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor


Sesiapa yang berhajat boleh segera dapatkan daripada saya : 019 - 4774705 

Penawar Kecemasan

on Tuesday, August 28, 2012

Semasa Hari Raya Kedua lepas , abang saya telah terseliuh ketika menuruni tangga di rumah saya . Beliau turun tangga tersebut dalam keadaan yang amat pantas untuk memberikan kipas angin dan bantal kepada ibu saudara saya yang tidak sihat untuk beliau berehat di bilik bawah rumah saya . Subahanallah, walau beliau terpaksa menanggung kesakitan itu, tetapi pasti Allah telah memberikan pahala kepada beliau .

Saya segera mencari MINYAK KAPAK MAS yang ada di atas meja dan menyapu di kaki beliau yang sakit itu . Beliau masih berasa sakit . Tetapi saya masih menyapunya juga dengan harapan agar cepat pulih untuk terus berhari raya :) 

Alhamdulillah, selang 2 hari , kaki beliau sudah pulih seperti sediakala tanpa perlu mengurut dengan tukang urut atau pun berjumpa dengan doktor . Inilah hikmah penggunaan MINYAK KAPAK MAS ini . Untuk pengetahuan semua, Minyak ini telah di du'akan dengan ayat-ayat ruqyah yang sangat baik digunakan ketika kecemasan . 

Antara Fungsinya ialah : 

1) pening kepala
2) mabuk laut
3) selsema (Kelagaan segera)
4) sakit bisa2 gigitan serangga.
5) terkena air panas
6) terkena minyak panas
7) terkena ekzos motor
8) gatal2 disebabkan resdung di kulit kepala muka dan telinga.(Kelegaan segera)
9) Kanak2 kembung perut (sapu dikaki dan betis bg kanak2 2 tahun ke bawah)
10) sakit gigi (gunakan putik kapas dan sapukan pada gusi dan pada lubang gigi)
11) Lenguh2 betis.
12) kaki kekejangan.
13) Terkena Ganguan ringan (minyak ini dibacakan doa Rukyah)





Harganya cuma RM 9 ,namun khasiatnya MasyaAllah melebihi harga sebotol minyak ini . Dapatkannya segera . Hubungi saya 019- 4774705 untuk mendapatkan minyak kapak yang bagi saya penawar di kala kecemasan :) 


Sihat itu Kaya :)

Sihat  .....

Siapa yang tidak mahu SIHAT ? Sihat adalah lebih bernilai daripada harta kekayaan ? Mengapa ? Jika anda kaya - raya, tetapi anda tidak sihat , bagaimana untuk anda menikmati harta kekayaan itu ? 

Sihat juga amat diperlukan agar kita sentiasa dapat beribadah kepada Allah Taala. Ibadah itu merangkumi ibadah dalam pekerjaan , untuk mencari rezeki . Jika tidak sihat, bagaimana ada upaya untuk mencari rezeki ? 

Sihat oh sihat... Semasa sihat inilah kita perlu menjaga kesihatan kita . Untuk lebih sihat, untuk lebih kuat dan bertenaga . Sihat dari aspek fizikal tidak memadai  sekiranya mental dan rohani kita lemah . Mental kita perlu sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang terjadi dalam hidup kita . Rohani kita perlu disuburkan dengan melakukan amal ibadah kepada Allah Taala, menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan sebaiknya . 

Suka saya berkongsi du'a ini untuk kita amalkan dalam kehidupan harian kita . Mari baca sama-sama ;) 





Ya Allah , kurniakanlah kesihatan pada hamba, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada telinga hamba, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada mata hamba , ya Allah hamba berlindung kepadaMU dari kefukuran dan kepapaan , ya Allah,hamba berlindung kepadaMU dari kesengsaraan azab kubur , tiadalah Tuhan melainkan Engkau...Aamiin Ya Rabb ...

Toksin oh Toksin

Seringkali kali menyebut perkataan TOKSIN ..

Apakah itu sebenarnya TOKSIN ? Mari saya terangkan secara ringkasnya apakah yang dimaksudkan dengan Toksin agar kita semakin mengenalinya  :)


Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita.
Toksin bukan saja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke berbagai bahagian organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran (system gastrousus).
Sakit adalah kegagalan tubuh manusia menyingkirkan bahan buangan. Lendir/mucus, serta toksin yang menghalangi fungsi-fungsi normal tubuh manusia.

Hasil Penelitian Penimbunan Toksin di kolon, dapat disimpulkan 90% dari segala penyakit hari ini bermula dari kolon (usus besar).
Kotoran yang tersumbat adalah sumber penyakit. Sisa makanan yang tertinggal dalam usus, menempel pada dinding usus, diserap oleh lapisan mukosa dan dibawa menuju hati. Ini akan mengakibatkan ;
- kesulitan proses pembuangan racun.
- terhambatnya proses metabolisme
- keracunan dalam tubuh.

3 PERTAHANAN DETOKSIFIKASI DALAM PENYEMBUHAN ALAMI
1. Barisan pertahanan pertama : system pencernaan
2. Barisan pertahanan kedua : system penyaringan (hati, rahim, kulit, ginjal)
3. Barisan pertahanan ketiga ; system endokrin 

Maka, kita perlu NYAH TOKSIN yang bersarang dalam tubuh badan kita sejak sekian lama .. Bagaimana??? Anda hanya perlu TAMPAL & TIDUR ...(macam senang jek ?? :P  )

Berikut merupakan FUNGSI GINSENG DETOX PATCH : 

- melancarkan peredaran darah

- membantu proses pemecahan lemak

- memperbaiki kualiti tidur

- menguatkan fungsi jantung

- mengurangkan tekanan

- melancarkan sistem pencernaan

- membuang toksin dalam badan

- meningkatkan metabolism badan

- lebih efektif untuk penyakit seperti gout,lemah2 badan

Ekstra ginseng akan menguatkan badan , memberi ekstra tenaga kepada kita untuk menghadapi hari-hari yang semakin mencabar :) 

Jom TAMPAL & TIDUR ;) 

Harga : RM 1.20 sekeping 
Hubungi saya untuk memilikinya 019 - 4774705 ( Aya)

Stress ????

Anda sedang mengalami STRESS

STRESS dengan  masalah anak-anak ? Masalah pekerjaan ? Masalah dengan suami atau isteri ? Masalah oh Masalah.. Semuanya bikin STRESS.. 

Bagaimana anda mengatasi Stress ? Ada yang akan mendengar lagu kegemaran , ada yang akan menjerit sekuat hati , ada yang akan tidur ..hehe..Bergantung kepada individu itu sendiri, asalkan Stress ini tidak mengganggu ketenteraman anda.. 

Hakikatnya, cara yang paling efektif untuk menangani stress adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mudah sahaja, jika stress solatlah atau bacalah Al-Quran . Saya juga ingin mencadangkan agar menjadikan AIR AURA 7 PURNAMA sebagai amalan sekiranya anda stress .

Air ini telah dibcakan dengan 30 juzuk ayat Al- Quran . Semestinya sesiapa yang meminumnya akan berasa lebih tenang , ceria dan tidak murung sekiranya sedang mengahadapi sesuatu masalah ... 

350 ml hanya RM 7 

Hanya sesiapa yang telah mencubanya akan terasa keberkesannya, InshaAllah.

Untuk dapatkan AIR AURA 7 PURNAMA ini , sila hubungi saya  : 

Aya 019 - 4774705 

Yang baik dikongsi-kongsikan , yang jahat dielak - elakkan :)

Cahaya itu ...

on Monday, August 27, 2012

Cahaya itu ..

Hadir tika malam itu..

Datang daripada sebuah bintang ...

Yang amat indah...

Aku tertanya..

Mengapa banyak bintang..

Tetapi hanya yang satu bercahaya ...

Hanya satu yang indah ...

Aku ingin menjadi seperti bintang  itu ...

Tetap bercahaya walau keseorangan ... 


:) 

Hari-hari Indah

Hari-hari adalah hari yang indah. Hari ini setelah seminggu berhari raya saya akan memulakan tugas sebagai guru tuisyen seperti sedia kala . Alhamdulillah, ramai pelajar saya yang sudah menghantar sms dan call saya bertanya bila kelas akan bermula. Semangat sungguh anak-anak didik saya :) 

Menjadi guru tuisyen adalah bukan suatu pekerjaan yang nampak mudah , tetapi bukan mudah seperti yang disangka. Saya memegang amanah ibu bapa pelajar saya untuk mengajar anak-anak mereka. Anak -anak mereka kebanyakkan daripada pelajar yang agak lemah , kurang mendapat perhatian daripada guru di sekolah . Di sekolah, guru-guru mempunyai ramai pelajar untuk diberi perhatian, adakalanya pelajar yang kurang cerdas atau 'lambat' pemahamannya akan ketinggalan,maka tuisyen merupakan solusi yang terbaik buat mereka. 

Menariknya , Pusat Tuisyen yang saya asaskan ini , saya akan memberikan bimbingan kepada semua pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Pembelajaran juga agak santai . Tidak dilupakan juga, latihan tubi akan diberikan supaya mereka menjadi semakin cekap untuk sesuatu topik itu . Pemahaman konsep amat saya titikberatkan. 

Alhamdulillah, pada asalnya , saya hanya suka-suka membuat kelas tuisyen ini. Untuk mencari 'side income' semasa saya bekerja dahulu . Namun , anak-anak didik saya telah berjaya dalam peperiksaan UPSR , berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Justeru, merekalah yang membuat iklan percuma kepada jiran-jiran mereka , di samping saya lebih bersemangat lagi untuk mengembangkan Pusat Tuisyen ini . 


Saya sendiri sentiasa mendoakan kejayaan dan peningkatan prestasi setiap pelajar saya. Saya bukan hanya mementingkan keuntungan semata dengan Pusat Tuisyen ini , tetapi saya berazam akan membantu anak-anak seagama dengan saya agar mereka semua berjaya dalam peperiksaan mereka . Aamiin ya Rabb... :)

Sepi . Kosong . Sunyi . Dalam ramai .

on Sunday, August 26, 2012

Sepi..Kosong ..Sunyi ...Dalam ramai..Anda pernah alami ? Hmm..inilah yang sedang saya alami..Rasa sepi , kosong je..Serasa saya ingin pergi ke suatu tempat, di mana tiada rasa ini lagi .. Ya, rasa sebegini tidak sepatutnya hadir.Mungkin saya berasa begini adalah ujian daripada Allah Taala. Mungkin juga kifarah dosa yang saban hari dilakukan tanpa sedar ..

Ya ALLAH, Kau hilangkanlah rasa ini . Tenangkanlah , damaikanlah hatiku . Aku hanya dambakan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup ini . Mungkin ini adalah ujianMU, aku redha ya Allah.Aku terima.. Janganlah Kau palingkan aku daripada mendapat rahmatMU. Aamiin Ya Rabb..



ku berdoa kepadaMu saban waktu , ampuni aku ya Allah ...


Sewaktu saya bersekolah dahulu, Ustazah saya pernah beritahu, bahawa sesiapa yang banyak ketawa, atau banyak cakap , akan menangis dalam senyap. Mungkin itulah saya. Seringkali saya ketawa, membuat lawak , namun siapa tahu gelora dalam hati saya ini. Saya tidak perlu luahkan di sini , hatta kepada keluarga saya sekalipun. Cukuplah Allah Maha Mendengar yang tahu setiap keluhan saya ...

Apa yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Mari senyum wahai hati. Janganlah bibir yang mengukir senyum namun hati masih mencuka . :)) 


Mandian Aura 7 Purnama



Apa Itu AURA 7 PURNAMA ? 







Sesungguhnya Al-Quran Nur Karim adalah anugerah Allah yang paling teragung...

memperkenalkan mandian pati:-
Mandian Aura 7 Purnama
Pati hasil dari gabungan ayat-ayat suci Al-Quran dan sari pati limau serta bebungaan yang telah disatukan dan sangat bermanfaat dalam menyelesaikan segala macam masalah luaran dan dalaman dalam diri anda!

Simptom-simptom supaya anda Mandi Aura 7 Purnama.
Aura 7 Purnama boleh juga merawat penyakit-penyakit seperti di bawah dengan izin ALLAH....

Sila baca berikut sampai habis ayat di bawah :-

1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.

5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.

10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.

42) Sakit tulang belakang tanpa sebab.

43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.

44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.

45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.

46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.

47) Timbul rasa takut tanpa sebab.

48) Sering pengsan tanpa sebab.

49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.

50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).

51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.

52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.

53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.

Jika anda mengalami lebih dari 3 gejala seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin.Segeralah mandi dengan aura7purnama



Berikut adalah antara khasiat dari mandian Aura 7 Purnama 
Untuk Masalah Rumah Tangga/Pasangan

* Penyeri Diri
* Pemanis Diri
* Penyegar Diri
* Selalu Dikasihi Suami/Istri
* Melembutkan Hati Suami/Istri
* Mengembalikan Semangat
* Menghilangkan Keletihan
* Menghilangkan Rasa Jemu/Bosan Dengan Suami/Istri
* Mengembalikan Kepercayaan Diri
* Selalu Diingat Suami/Istri
* Memberi Ketenangan Diri

Untuk Perniagaan



* Pelaris
* Rezeki Murah
* Dihormati Orang
* Membawa Tuah
* Membuka Jalan Berniaga
* Melancarkan Perniagaan
* Selalu Bersemangat

Untuk Jodoh



* Menaikkan Seri Wajah
* Selalu Jadi Perhatian
* Nampak Menawan
* Menambah Kepercayaan Diri
* Mudah Bergaul
* Selalu Dikasihi
* Selalu Diingat

Pengandaman



* Menaikkan Seri Pengantin
* Nampak Bercahaya
* Selalu Kelihatan Segar
* Peninding/Pemagar Masa Berarak
* Menambah Keyakinan Pengantin
* Menghilangkan Rasa Gemuruh

Untuk Anak-Anak



* Menguatkan Lagi Daya Ingatan
* Tenang Dalam Pelajaran/Peperiksaan
* Penerang Hati
* Dengar Kata
* Mengembalikan Semangat
* Cepat Pemahaman
* Menambah Kecergasan


Hubungi : Miss Aya 019 - 4774705 

Tuhan Sedang Menguji Kita

Yeahhhh, ALHAMDULILLAH..Berjaya sudah saya memiliki buku hebat ini..Ustaz Kazim antara salah seorang pendakwah yang saya segani. Gaya penyampaiannya yang bersahaja, dengan lenggok bahasa penyampainnya membuatkan kita mudah memahami tentang sesuatu ilmu itu.. Ok , di sini saya nak coretkan serba sedikit tentang BUKU ini yang bertajuk 'TUHAN SEDANG MENGUJI KITA'...

UJIAN ? Siapa tidak pernah diuji ? Hatta, kanak-kanak di Pra Sekolah juga menghadapi ujian setiap kali menjelang akhir tahun. Sehinggalah akhir tahap persekolahan kita akan menghadapi setiap ujian untuk meloloskan diri ke peringkat yang lebih tinggi dalam hidup. Itu adalah ujian sekolah , bagaimana pula dengan ujian hidup?

Siapa tidak pernah diuji ? Rezeki yang sempit , anak yang degil , suami yang panas- baran , bisnes yang tak menjadi , anak-anak derhaka dan banyak lagi keluh kesah yang seringkali mengganggu - gugat ketenteraman. Namun, di sebalik ujian tersebut pernahkah kita MUHASABAH DIRI kita , mengapa berlakunya ujian tersebut , dan pernahkah kita berlapang dada , dengan memujuk hati PASTI ada HIKMAH yang Allah Taala nak beri kepada kita. Apa pun, Ustaz Kazim menyarankan kita agar SABAR. SABAR . SABAR. Ya, bersabarlah, senang berbicara tetapi seringkali kita terlupa, sabar bertukar menjadi putus asa..

Pengisian Menarik :

- Manisnya Ujian Allah
- Kala Allah Mengujimu
- Kita Lupa Ketika Senang
- Iktibar Daripada Musibah
- Cinta Itu Menyedarkanku
- Salahkah Berkahwin Muda?
- Antara Cinta Dan Kenangan
- Anakku...Siapa Sahabatmu?
- TUHAN...Berkatilah Rezekiku
- Sabarlah Melaksanakan Dakwah






Sahabat, saya sarankan anda semua wajarlah membeli dan mengkaji buku ilmiah ini sebagai panduan kepada kita sekiranya kita menghadapi ujian atau bakal menghadapi ujian agar kita sentiasa berlapang dada, bersabar dan memohon bantuan Allah SWT tidak kira waktu. Allah tidak akan pernah membebankan kita dengan beban yang kita tidak mampu menggalasnya.. InshaALLAH, HIKMAH pasti ada ;) 


Anja Exora

Exora...Inilah kereta MPV yang pertama saya miliki setelah berjaya memiliki lesen kereta..Seperti ramai yang tahu , sebelum ini saya hanya merempit dengan skuter Nouvo kesayangan saya itu. 2 tahun bersama skuter itu , mengharungi suka duka. Pernah juga saya membawa kotak yang besar dengan hanya menunggang skuter itu. Pada waktu itu, saya menangis, susahnya aku...susahnya aku hendak berbisnes dengan hanya menunggang skuter ini ...Namun , saya tetap bertabah.... Tetap sabar..Kerana waktu itu saya masih belum punya cukup wang untuk dijadikan 'downpayment' kereta di samping lesen kereta baru sahaja saya ambil ....


Alhamdulillah....Dengan berkat kesabaran saya , kesungguhan saya dalam berdisiplin menyimpan wang, saya berjaya juga mengumpul wang untuk dijadikan ' downpayment' dan berjaya juga 'mencantikkan aliran wang saya di bank.. ini kerana saya bekerja sendiri , tiada slip gaji ..Syukur sangat...Kerana bagi saya, saya hanya redha setelah pegawai bank asyik call saya bertanya itu ini seakan tidak percaya yang saya mampu untuk mengambil MPV ini ...Siapalah anda wahai pegawai...Anda bukan Tuhan untuk menilai saya :) Dan AKHIRNYA , saya dikhabarkan yang pinjaman saya diluluskan, saya hanya tergamam sambil bersyukur kepada Allah atas nikmat ini .. :)

Exora akhirnya muncul dalam hidup saya.. Saya telah bertekad, mengapa saya ingin mengambil EXORA? Mengapa saya tidak mengambil Proton Preve ke, Persona ke ..Ramai bertanya, mengapa ? Ok, Inilah jawapannya ... Saya ingin menggunakan kenderaan saya itu ke jalan Allah..Untuk membawa ibu ayah saya dengan suatu kenderaan yang lebih selesa .. Akan digunaka  untuk kebersamaan..Untuk bisnes saya yang akan berkembang suatu hari nanti..Saya yakin..Tawakal kepada Allah dengan masa hadapan saya :)
Ayah dan Exora ( Saya bawa ayah dan emak jalan-jalan di Kedah)

Memiliki kenderaan MPV memang memberikan cabaran..Kerana 'maintenance' nya, minyak hitam sahaja lebih mahal daripada kereta ..Servis cuci kereta juga. semestinya lebih mahal daripada kereta biasa..Tetapi itulah, cabaran bagi saya, untuk bekerja dengan lebih rajin, lebih lagi dan lebih lagi..InshaALLAH ..Setakat ini, syukur saya masih mampu membayarnya setiap bulan tanpa mengemis kepada sesiapa pun.Ini juga cabaran buat gadis single yang tidak punya suami lagi :P

Sekarang ini, saya sedang melengkapkan ilmu di dada dengan cara yang baik untuk menjaga MPV ini..saya akan pastikan ia berapa di tahap yang baik kerana saya amat sayangkan MPV ini.Inilah lambang air mata saya selama ini. Bukan senang hendak dapatkannya kerana saya bukan dari keluarga yang kaya raya di mana ibu bapa yang membeli kepada anak-anak mereka..saya hanya seorang wanita, yang punya tulang empat kerat dan du'a saban waktu agar setiap impian saya terlaksana..Impian saya adalah impian setiap ibu bapa juga. Jangan lenyapkan impian itu , jadikan ia suatu realiti.. ;)

Jamu Ratu Dara

Adakah anda:

* Merasa rendah diri dengan suami kerana prestasi anda tidak sehebat zaman muda dahulu?
* Kurang keyakinan diri luaran dan dalaman?
* Masalah sengugut dan period yang tidak lancar?
* Kurang selesa di sebabkan masalah keputihan melampau dan menyebabkan bau yang kurang enak di vagina?
* Mempunyai masalah perlawasan dan pembuangan?
* Sering lesu, letih dan lemah urat badan?
* Kulit dan wajah kusam dan pucat tiada seri langsung?

.
Jika anda tergolong dalam golongan di atas, kami ada jawapannya.
Jamu ini 100% diperbuat dari herba dan rempah ratus. Boleh mengatasi pelbagai masalah yang dialami oleh wanita. Untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan, Jamu Ratu Dara perlu diamalkan secara konsisten.
Hasilnya akan terpancar pada wajah dan tubuh badan anda terasa lebih segar dan sihat sentiasa.
.

Antara khasiat Jamu Ratu Dara:

* Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi bahagian keintiman wanita.
* Mengembalikan tenaga batin luaran & dalaman wanita.
* Merawat keputihan dengan berkesan.
* Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
* Membantu mengatasi sakit pinggang & membuang angin dalam badan.
* Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
* Mengecut & menguatkan rahim selepas bersalin.
* Meningkatkan kesuburan wanita.
* Membantu mendapatkan zuriat.
* Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
* Membantu menurunkan berat badan.
* Mencegah barah payudara dan rahim.
* Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.

.

Kami bawakan anda Jamu Ratu Dara – Dengan harga yang sangat mampu milik dan ekonomi, kini anda tiada alasan lagi untuk kelihatan sihat, hebat dan cantik luaran dan dalaman.

.

Cara Pengambilan:
2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam – (Minggu Pertama).
Miggu ke-2 dan ke-3, mkn 2 kapsul sekali mkn sekali sehari sehingga dtg bulan

.

Tips Pengambilan:
Utk mendapat kesan dan khasiat yang optimum, pengunaan kali pertama boleh amalkan 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam. Jika sudah mendapat kesan yang di kehendaki, boleh maintain? dengan pengambilan 2 kapsul sehari sahaja sahaja.

* Banyakkan meminum air putih untuk hasil yang lebih baik.
* Tidak sesuai untuk ibu mengandung, menyusu bayi, dan wanita dalam haid.
* Tindak balas adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian badan seseorang.
* Ini adalah persediaan herba tradisional.


Soal-Jawab Mengenai Jamu Ratu Dara

Jika anda mengalami pening2, mengantuk, rasa mual, ari-ari rasa berdenyut dan sakit, keluar keputihan yg banyak pada awal pengambilan, itu adalah normal dan merupakan tindak balas dari herba dalam Jamu Ratu Dara (JRD). Segala tindak balas adalah bergantung kepada antibodi dan ketahanan badan masing-masing. Setiap tindakbalas ini juga berbeza diantara setiap individu. Tindakbalas ini hanyalah sementara dan akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas mengamalkannya. Antaranya :

* Pening kepala – Pening kepala terjadi disebabkan oleh metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkatkan kembali metabolisme badan.Untuk mengatasi masalah tersebut minum banyak air kosong .Sekurang-kurangnya 8 gelas satu hari. Lagi banyak lagi bagus…
* Mengantuk atau penat di peringkat awal pegambilan Jamu Ratu Dara – Itu adalah tindak-balas pemulihan dan berlaku hanya sementara sahaja. Itu adalah tanda banyak toksin didalam badan. Ini kerana tahap kolesterol di dalam badan terlalu tinggi dan toksin yg banyak di dalam badan. Proses penurunan kolesterol dan penyingkiran toksin akan menyebabkan tindak balas ini berlaku untuk beberapa hari sahaja. Insya’Allah anda akan kembali normal dan segar selepas itu.
* Keluar keputihan yang banyak – Itu adalah normal.Teruskan makan JRD. Ianya adalah sebahagian dari proses pemulihan. Selepas seminggu (mungkin lebih lama) keadaan akan pulih seperti biasa bergantung kepada tahap dan serius mana keputihan yang dialami oleh individu tersebut.( Tempoh yang diambil untuk menghilangkan keputihan iniadalah berbeza bagi setiap individu). Pengambilan yang konsisten akan dapat menghilangkan terus keputihan dan juga bau yang tidak menyenangkan.
* Sakit atau rasa berdenyut di bahagian ari-ari – Sakit ari2 tersebut cuma sementara kerana dalam proses membaik pulih kan rahim tersebut. Ini adalah kerana rahim anda tidak berapa sihat. Jika rahim tidak sihat, muka pun kurang berseri.

.

Soalan Lazim Pengguna Jamu Ratu Dara.

S : Semasa pengambilan Jamu Ratu Dara, bolehkah seseorang itu mengambil makanan tambahan, vitamin, pil perancang atau lain-lain supplement?
J : Jamu Ratu Dara di buat 100% daripada herba-herba terpilih yang berkhasiat dalam proses penyembuhan dan kesegaran tubuh badan.Tiada sebarang masalah tetapi di nasihatkan untuk menjarakkan masa pengambilan antara ubat-ubatan lain itu sekurang-kurangnya 2 jam.

S : Siapakah yang tidak boleh makan dan mengamalkan Jamu Ratu Dara ini?
J : Mereka yang sedang menyusu bayi, sedang datang bulan dan mereka yang menghidap darah tinggi tidak di galakkan.

S: Adakah boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara selepas bersalin / melahirkan?
J : Bagi orang yang baru melahirkan anak, boleh mengambil JRD pada hari ke-20 dalam pantang. JRD dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot-otot yang kecut, menyembuh luka bersalin, memulih dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim.

**Namun jika menyusu badan, tidak di galakkan / bergantung pd bayi. Mulakan dgn dos yg sedikit iaitu sebiji sehari. Jika bayi tidak serasi, berhenti.

S : Jamu Ratu Dara panas tak? Boleh membantu mendapatkan zuriat?
J : Jamu Ratu Dara tidak panas. Insya-Allah boleh membantu menyuburkan rahim dan membantu untuk menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri..

S : Boleh kah amalkan Jamu Ratu Dara jika saya masih menyusukan bayi?
J : Kami tidak mengalakkan pengambilan JRD semasa tempoh menyusu bayi. (Tetapi jika anda ingin mencuba juga, mulakan dengan dos yang sedikit. Sebiji sehari, dan lihat tindak-balas bayi. Jika bayi anda tidak serasi anda di nasihatkan berhenti)

S : Adakah Jamu Ratu Dara boleh membantu melancarkan sistem kitaran haid yang tidak teratur?
J : Salah satu khasiat Jamu Ratu Dara adalah membetulkan sistem kitaran haid bagi yang mengalami masalah haid tidak teratur. Alhamdullillah ramai yg telah dapat mengatasinya.

S : Mengapa setelah mengambil Jamu Ratu Dara, darah haid saya keluar dengan banyak dari biasa?
J : Itu adalah tindak-balas positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda. Darah haid memang perlu di keluarkan dengan kadar yang sepatut nya agar tidak tertinggal didalam rahim. Jika haid tidak lawas dan keluar sedikit sahaja di khuatiri kelak akan menimbulkan masalah rahim dimasa akan datang.

S : Adakah anak dara yang belum berkahwin boleh ke mengamalkan Jamu Ratu Dara?

J : Boleh. Jika anak dara dan belum berkahwin, memadai dengan sebiji ke dua biji sehari sahaja. (Pengambilan jamu perlu di amalkan secara berpanjangan. Bermula dari anak dara sehinggalah melangkah ke fasa perkahwinan dan seterusnya memasuki alam keluarga dan bekeluarga)

S:Adakah Jamu Ratu Dara boleh menguruskan badan?
J : Jamu Ratu Dara BUKAN produk utk menguruskan badan. Ia merupakan produk herba yang khusus utk kesihatan dalaman wanita. Tetapi JRD sangat berkesan untuk melawaskan pembuangan. Sedikit sebanyak mungkin boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak. Wajibkan pengambilan 8 gelas air atau lebih dalam sehari.

S : Sejauh mana Jamu Ratu Dara boleh membantu hubungan intim suami isteri?
J : Ini adalah terbukti dan telah ramai yang berpuas hati. Para isteri yang mempunyai masalah semasa melakukan hubungan intim pasti akan dapat menghangatkan kembali hubungan bersama suami.
.
**Tips – Amalkan memakan JRD 2 biji pagi dan 2 biji malam. Cuti dari bersama suami selama 3-5 hari. Selepas tempoh bercuti dan berpantang selama 3-5hari itu, cuba bersama dengan suami anda. Pasti akan rasa perbezaanya! Hangat seperti malam pertama.. Suami anda pasti tersenyum.

PERINGATAN – Tindak-balas dan testimoni adalah berbeza-beza mengikut individu dan keserasian badan masing-masing. Jika anda tidak biasa / tidak pernah makan jamu, mulakan dgn dos yang sedikit dahulu supaya badan anda tidak terkejut dengan tindak balas herba ini. Badan anda, anda yang tahu.


HARGA : RM 30 

HUBUNGI : MISS AYA 019- 4774705 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved