Collagen Tu Apa ?

on Sunday, December 11, 2011

Assalam dan selamat berhujung minggu korang !!! Moga-moga korang sentiasa sihat walafiat...Cantik dan indahnya gerhana bulan semalam kan? Subhanallah...Maha Suci Allah...Yang menjadikan keindahan sedemikian rupa...:) Aya juga sempat melihatnya semalam dan terdetik jua di hati kecil ini,betapa BESARNYA kuasa Mu Ya Rabbi !!!


Post kali ini,Aya nak berkongsi dengan korang semua tentang,APA ITU COLLAGEN? Perasankan,Aya banyak menjual produk yang mengandungi COLLAGEN..Ramai bertanya da tertanya-tanya ,apa itu COLLAGEN? Jadi,Aya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang COLLAGEN...Jom baca !!!  ^^


Collagen merupakan struktur protein yang banyak terdapat di "cartilage", "muscle", "tendon", ligamen dan tulang.

Collagen merupakan pengikat yang memegang tubuh kita. la merupakan struktur komponen di dalam badan yang amat penting untuk kesemua tisu- tisu penghubung.

Setiap manusia menghasilkan collagen secara berterusan. Bagaimanapun, apabila meningkat usia, kehilangan collagen adalah lebih besar dari jumlah yang dihasilkan oleh badan. Akibatnya proses pembaikian dan pembuatan semula sel menjadi perlahan.

Apakah kepentingan collagen kepada badan anda?
Tiada sesiapa yang mahukan muka yang berkedut atau kulit yang suram. Kita tidak dapat mengelaknya kerana ianya merupakan sebahagian daripada proses penuaan. Bagaimanapun, kita boleh memperlahankan proses penuaan ini. Bagaimana? Dengan bantuan collagen kerana kekurangannya menjadi penyebab kepada kemerosotan keadaan kulit dan wajah anda.

Badan kita memerlukan collagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa collagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku bila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan collagen. Kehilangan collagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang dipanggil "arthritis" clan kecederaan " muscolo- skeletal" .

Collagen berfungsi sebagai ejen "chondroprotective", dimana ia melindungi "cartilage" daripada berkurangan. Collagen merupakan bahan yang digunakan untuk pembentukan dan pembaikan 'cartilage'. Ia juga boleh mengurangkan kerosakan kepada sendi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan sendi dan bengkak. 



MasyaALLAH,sangat banyak rupanya fungsi COLLAGEN ini,kan? Maka,Aya sarankan kepada semua agar mengambil COLLAGEN sebagai pemakanan tambahan kepada kesihatan anda...:)


Semoga berjumpa lagi di entry akan datang...Salam :)

Aya Hidaya
11 Disember 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved