PENERANGAN PRODUK LETS GORGEUS GARAM HIKMAH

on Saturday, December 24, 2011

INGIN TAHU KEGUNAAN GARAM HIKMAH..JOM TENGOK..:)




PENERANGAN PRODUK LETS GORGEUS AURA COLLAGEN



AURA COLLAGEN
JOM TENGOK PENERANGAN PRODUK AURA 7 PURNAMA

AURA COLLAGEN
JOM TENGOK PENERANGAN PRODUK AURA 7 PURNAMA

VIDEO PRODUK LETS GORGEUS - SABUN SUSU BERAS DAN SABUN KAYU MANIS

on Thursday, December 22, 2011

PENERANGAN PRODUK LETS GORGEUS ( SABUN SUSU BERAS DAN SABUN KAYU MANIS)
BAIK UNTUK MEREKA YANG IMPIKAN KULIT YG BERSIH TANPA JERAWAT DAN JERAGAT...



VIDEO PRODUK LETS GORGEUS - JUS ANTI PENUAAN DAN SIREH LOVELY CARE.:)



PENERANGAN JUS ANTI PENUAAN DAN SIREH LOVELY CARE..:)



Jom Solat Malam bersama LETS GORGEUS ..:)






SOLAT  TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam.
Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian
  • tidur ayam dan
  • tidur lelap
Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.
Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur.
Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu.

Tidur Tao, Confucious dan Sikh.
Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.


PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab :
“ The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.”
Maksudnya ” Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”
“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” – Longfellow
Maksudnya ” Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. ”
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.



RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat – kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain.
Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Jom Solat Dhuha...Kita pohon dimurahkan rezeki..:)



Kelebihan Sembahyang Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

JOM REVIEW PRODUCT LETS GORGEUS..:)

on Wednesday, December 21, 2011


SET RESDUNG LETS GORGEUS..:)


Wanita VS Jamu

on Friday, December 16, 2011



Jika lelaki terkenal dengan makjun,maka wanita pula sinonim dengan Jamu..Hai penggemar Jamu..^^


Post kali ini,Aya nak share tentang kebaikan Jamu..Jamu ni jika di Indonesia ,anak-anak gadis seawal baligh lagi sudah amalkan pemakanan jamu sebagai makanan tambahan..Aya masih ingat lagi,sewaktu berumur dalam lingkungan 12 tahun,ketika didatangai 'sahabat baik' itu,pembantu rumah mak saudara Aya akan merebus air halia yang dicampurkan dengan herba-herba yang beliau sampurkan untuk menghilang keluh-kesah Aya yang sedang dilanda senggugut..Huhu..amat sakit kerana masih mentah di kala itu...


Kini,Jamu semakin moden...tiada lagi bau busuk,tiada lagi yg pahit atau susah untuk diminum..Hanya perlu kapsul,dan alhamdulillah,terasa kesegaran kepada tubuh...


Aya nak berkongsi info tentang JAMU RATU DARA : 



Jamu ini 100% diperbuat dari herba dan rempah ratus. Boleh mengatasi pelbagai masalah yang dialami oleh wanita. Untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan, Jamu Ratu Dara perlu diamalkan secara konsisten.

Hasilnya akan terpancar pada wajah dan tubuh badan anda terasa lebih segar dan sihat sentiasa.
Antara khasiat Jamu Ratu Dara:

Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi  bahagian keintiman  wanita.
Mengembalikan tenaga batin luaran dan dalaman wanita.
Merawat keputihan dengan berkesan.
Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
Membantu mengatasi sakit pinggang dan membuang angin dalam badan.
Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
Mengecut dan menguatkan rahim selepas bersalin.
Meningkatkan kesuburan wanita.
Membantu mendapatkan zuriat.
Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
Membantu menurunkan berat badan.
Mencegah barah payudara dan rahim.
Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.


Jom amalkan makan jamu ...banyak amat khasiatnya,kan? ^^ 

Hukum Berhutang

on Monday, December 12, 2011

Sejak zaman Rasulullah s.a.w. amalan berhutang sudah berlaku seperti kisah baginda berhutang seekor unta. Baginda membayar hutang untanya dengan unta lebih besar dan lebih baik. Sabda baginda bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang melebihkan dan memperelokkan pembalasan hutangnya (menambah daripada apa yang diambil).

Islam menggariskan beberapa hukum tentang berhutang, ganjaran pemberi hutang serta cara membayar hutang. Rasulullah s.a.w. mengingatkan, orang berharta yang sengaja menangguhkan pembayaran hutangnya termasuk dalam kalangan orang yang zalim. Pada dasarnya Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Hal ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah Amir bermaksud : Jangan kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya. Mereka berkata : Apa itu wahai Rasulullah? Beliau bersabda : Hutang.

Dijelaskan dalam sebuah hadis (Hadis Hasan) bermaksud : Hutang di segi pahala, lebih 2 pahala daripada sedekah. Diceritakan pula dalam kisah perjalanan Rasulullah s.a.w. bersama Jibril pada malam Israk Mikraj, tergantung di salah satu pintu syurga kata-kata bermaksud : Sedekah bersamaan 10 kali ganda, hutang bersamaan 18 kali ganda. Baginda bertanya kepada Jibril : Mengapa demikian? Jawab Jibril : Sedekah diberikan kepada seseorang, semua atau sebahagian. Sementara hutang, orang tidak akan berhutang kecuali terdesak.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis diriwayatkan Muslim bermaksud : Allah akan menolong hambaNya selama hamba itu suka menolong saudaranya. Memberi hutang boleh bertukar menjadi wajib apabila orang yang memerlukan hutang itu amat terdesak, seperti ditimpa musibah,bencana dan kurang upaya. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah, ayat 2 bermaksud : Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan orang berhutang bahawa dia terus terikat dengan pembayaran balik segala hutangnya. Dia mesti menjelaskan hutang ketika hidup kerana apabila orang yang berhutang meninggal dunia, rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang itu. Bagi mereka yang tidak mampu melangsaikan hutang sehingga dia meninggal dunia, maka hutang itu menjadi tanggung-jawab Baitulmal seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Ada ulamak berpendapat, tanggung jawab membayar hutang berpindah kepada waris si-mati. Jika anaknya juga miskin, maka hutang berbalik kepada cara pertama iaitu diserahkan kepada kerajaan. Firman Allah dalam Surah Al Baqarah, ayat 280 bermaksud : Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesusahan, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Rasulullah amat menggalakkan orang yang berhutang berusaha membayar lebih daripada hutangnya. Ia sebagai tanda bersyukur atas bantuan yang dihulurkan si pemberi hutang. Dalam keadaan biasa, hukum memberi hutang adalah sunat. Bagi orang yang berhutang, hukum membayar balik hutangnya adalah wajib apabila sampai tempoh. Jika belum sampai tempoh dijanjikan, pemberi hutang tidak boleh meminta hutangnya dibayar-balik.

Diceritakan oleh Anas : Seorang lelaki antara kami memberi hutang suatu barang kepada temannya. Kemudian orang yang berhutang itu memberi hadiah kepadanya. Hal itu diceritakan kepada Rasulullah. Jawab baginda : Apabila salah seorang antara kamu memberi hutang sesuatu, kemudian dia diberi hadiah atau dinaikkan ke atas kenderaan, maka jangan diterima hadiah itu, juga jangan dia naik kenderaan itu. Kecuali jika sudah biasa di antara mereka memberi hadiah iaitu sebelum terjadinya hutang tersebut. (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Konsep Perniagaan Dalam Islam




PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Di samping itu, medan perniagaan juga adalah antara tempat turunnya limpahan rahmat Ilahi kepada Muslim yang melakukan kebajikan dalam bidang perniagaan. Sehubungan itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).
Di dalam al-Quran, salah satu terminologi yang sering digunakan dalam helaian al-Quran untuk memerihalkan amal salih demi meraih keredaan dan rahmat Ilahi adalah perniagaan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).” (Surah Faathir, ayat 29-30)
Walaupun perniagaan adalah satu bidang yang sarat dengan risiko dan cabaran sentiasa berhadapan dengan kemungkinan untung dan rugi, namun naluri dan fitrah manusia masih cenderung dan menginginkan keuntungan daripada perniagaan itu. Malah, kalau boleh, jiwa manusia mengidamkan keuntungan berlipat ganda.
Oleh sebab itu, terdapat sebahagian manusia yang sanggup dan tergamak menghalalkan segala macam cara demi meraih keuntungan berlipat ganda. Natijahnya, ada peniaga sengaja memanipulasi situasi kenaikan gaji kakitangan kerajaan dengan menaikkan harga barangan keperluan asas sehingga membebankan pengguna.
Tidak kurang juga ada peniaga melakukan penipuan dalam timbangan dan ada pula sanggup memakan riba yang terlarang di samping melakukan amalan rasuah demi kepentingan peribadi dan keuntungan segera.
Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188)
Perlu diinsafi bahawa keuntungan menurut perspektif al-Quran tidak hanya terbatas dalam perkara yang bersifat material dan duniawi saja, malah ia turut merentasi sempadan kepada perkara bersifat rohaniah dan ukhrawi bernilai abadi.
Pengertian ayat 29 dari surah Faathir menegaskan bahawa Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhingga kepada orang yang melakukan transaksi perniagaan dengan tiga amalan utama iaitu membaca dan bertadabbur al-Quran, menyegerakan pelaksanaan solat dan menafkahkan sebahagian harta dimiliki kepada golongan yang memerlukan.
Membaca dan memahami al-Quran adalah satu kewajipan yang sewajarnya dilakukan setiap Muslim pada setiap masa dan ketika. Ini kerana al-Quran adalah kitab panduan hidup serba lengkap, di dalamnya terdapat pelbagai pengajaran, hukum hakam, peringatan dan juga sebagai kurikulum kehidupan untuk diterjemahkan dalam konteks realiti kehidupan semasa di samping menjawab pelbagai persoalan hidup, baik yang bersifat peribadi, keluarga, masyarakat sosial mahupun negara.
Peniaga yang sentiasa membaca dan memahami al-Quran akan menjadikan al-Quran sebagai imam dan pembimbing ke arah menjalankan aktiviti perniagaannya dengan penuh jujur, adil dan saksama. Al-Quran akan bertindak sebagai perisai bagi seorang peniaga daripada melakukan penipuan, penyelewengan, rasuah dan lain-lain amalan yang dilarang syarak.
Bukankah Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal salih bahawa mereka beroleh pahala besar.” (Surah al-Isra’, ayat 9)
Solat pula adalah tiang seri agama Islam. Sesiapa yang mendirikan solat bermakna dia telah menegakkan agama Islam. Sehubungan itu, Islam amat menganjurkan umatnya supaya menyegerakan pelaksanaan solat apabila masuk waktunya.
Hal ini kerana menyegerakan solat yang disertai pula dengan kekhusyukan yang mendalam akan melahirkan ketenangan jiwa dan juga kekuatan jiwa yang berupaya menepis pelbagai macam godaan dan cabaran hidup.
Peniaga yang solatnya khusyuk akan tercegah daripada perbuatan keji dan mungkar seperti mana ditegaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bacalah dan ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Menafkahkan sebahagian harta dimiliki untuk kepentingan golongan lebih memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, pesakit yang memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos perubatan mereka dan lain-lain lagi adalah antara amalan yang amat dituntut Islam. Amalan menafkahkan harta pada hakikatnya akan mengembangkan dan juga menambahkan keberkatan harta yang dimiliki itu.
Dalam Islam, harta bukanlah sesuatu dilarang kepada umatnya untuk mencari, memiliki dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Malah, Islam menganggap harta itu sebagai urat nadi kehidupan yang akhirnya akan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat di samping ia juga adalah sebahagian daripada kepentingan individu dan masyarakat umum.
Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan hidup kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan) dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.” (Surah al-Nisa’, ayat 5)
Demikianlah konsep perniagaan yang tidak pernah kerugian menurut perspektif al-Quran dengan melaksanakan prinsip perniagaan mengikut syarak demi meraih keuntungan duniawi dan juga menjejaki keredaan Ilahi di akhirat nanti.

Collagen Tu Apa ?

on Sunday, December 11, 2011

Assalam dan selamat berhujung minggu korang !!! Moga-moga korang sentiasa sihat walafiat...Cantik dan indahnya gerhana bulan semalam kan? Subhanallah...Maha Suci Allah...Yang menjadikan keindahan sedemikian rupa...:) Aya juga sempat melihatnya semalam dan terdetik jua di hati kecil ini,betapa BESARNYA kuasa Mu Ya Rabbi !!!


Post kali ini,Aya nak berkongsi dengan korang semua tentang,APA ITU COLLAGEN? Perasankan,Aya banyak menjual produk yang mengandungi COLLAGEN..Ramai bertanya da tertanya-tanya ,apa itu COLLAGEN? Jadi,Aya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang COLLAGEN...Jom baca !!!  ^^


Collagen merupakan struktur protein yang banyak terdapat di "cartilage", "muscle", "tendon", ligamen dan tulang.

Collagen merupakan pengikat yang memegang tubuh kita. la merupakan struktur komponen di dalam badan yang amat penting untuk kesemua tisu- tisu penghubung.

Setiap manusia menghasilkan collagen secara berterusan. Bagaimanapun, apabila meningkat usia, kehilangan collagen adalah lebih besar dari jumlah yang dihasilkan oleh badan. Akibatnya proses pembaikian dan pembuatan semula sel menjadi perlahan.

Apakah kepentingan collagen kepada badan anda?
Tiada sesiapa yang mahukan muka yang berkedut atau kulit yang suram. Kita tidak dapat mengelaknya kerana ianya merupakan sebahagian daripada proses penuaan. Bagaimanapun, kita boleh memperlahankan proses penuaan ini. Bagaimana? Dengan bantuan collagen kerana kekurangannya menjadi penyebab kepada kemerosotan keadaan kulit dan wajah anda.

Badan kita memerlukan collagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa collagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku bila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan collagen. Kehilangan collagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang dipanggil "arthritis" clan kecederaan " muscolo- skeletal" .

Collagen berfungsi sebagai ejen "chondroprotective", dimana ia melindungi "cartilage" daripada berkurangan. Collagen merupakan bahan yang digunakan untuk pembentukan dan pembaikan 'cartilage'. Ia juga boleh mengurangkan kerosakan kepada sendi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan sendi dan bengkak. 



MasyaALLAH,sangat banyak rupanya fungsi COLLAGEN ini,kan? Maka,Aya sarankan kepada semua agar mengambil COLLAGEN sebagai pemakanan tambahan kepada kesihatan anda...:)


Semoga berjumpa lagi di entry akan datang...Salam :)

Aya Hidaya
11 Disember 2011

SABUN MUKJIZAT

on Saturday, December 10, 2011



Dengan adunan herba-herba terpilih seperti :
  1. Kayu Manis
  2. Cengkih
  3. Pegaga
Menghasilkan haruman dan khasiat yang tiada tandingan. Gunakan dan rasai sendiri setiap kali anda mandi.......

Fungsi :
Sesuai digunakan untuk :

  1. Membuang panau
  2. Menanggalkan daki
  3. Merawat jerawat pada badan
  4. Melembutkan kulit yang kasar
  5. Mencerahkan kulit badan
  6. Mengatasi masalah bau badan

Nak Ringan Badan? Kurus ? Hilang Perut Buncit ?

Assalam dan selamat sejahtera...Aya sentiasa doakan kawan-kawan sihat sejahtera selalu...Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...:) InshaALLAH..


Post kali ini,Aya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian tentang produk Premium Diet Fibre Plus...Aya dah cuba minum Premium Diet ini dan telah menjadikan amalan seharian Aya...


Nak tahu hasilnya? Badan berasa lebih ringan,mudahkan pembuangan air besar..Untuk pengetahuan semua,apabila buang air besar,bukanlah najis yang biasanya keluar,akan tetapi minyak-minyak,lemak-lemak yang sekian lama terkumpul telah dikeluarkan..Proses pembuangan detox dan toksin sedang berlaku..:)


Mulanya,Aya pun terkejut,melihat lemak-lemak tersebut keluar...Hasilnya,Aya kurang berasa lapar,sebelum ini,Aya seorang yang suka makan..hehhee...kaki makan...Alhamdulillah,dengan pengambilan produk ini,ia berjaya menyekat rasa lapar dan memudahkan pembuangan air besar..


Untuk mengoptimumkan keberkesannya,disarankan kita minum air masak 2 liter setiap hari ya..Untuk melincinkan proses pembuangan...Aya akan update gambar Aya untuk menunjukkan perubahan badan Aya 2 minggu dari sekarang..Kerana Aya telah cuba selama 2 minggu tetapi berhenti semasa period,dan sekarang Aya amalkan semula...InshaALLAH,Aya akan tunjukkan hasilnya ya !!!


Buat masa sekarang,apa yang Aya rasa,badan berasa lebih ringan ...tapak kaki dah kurang rasa sakit kerana badan telah menjadi semakin ringan..Alhamdulillah,dengan izinNya jua....
Berikut merupakan kandungan yang terdapat di dalam PREMIUM DIET FIBRE PLUS :

  1. Wheat Fibre bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan
  2. Oat Fibre terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.Ia juga bersifat rendah lemak secara semulajadi dan bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
  3. Apple Fibre serat yang terkandung untuk melancarkan fungsi pencernaan.
  4. Physillium Husk kaya dengan fiber. Secara traditional, ia digunakan untuk mengatasi sembelit. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.
  5. Senna Leaf dapat menghilangkan sembelit. Ia sangat efektif dalam melarutkan lemak dan racun untuk mengembalikan kesegaran tubuh.


Rasanya sangat sedap,rasa buah-buahan..tidak pahit yer kawan-kawan..Harganya juga mampu milik...:) Kepada sesiapa yang berminat dengan produk ini bolehlah menghubungi Aya ok!!!! ^^

Salam kejayaan dunia dan akhirat ....

Aya Hidaya
10 Disember 2011


JUS PERAWAN

on Friday, December 9, 2011


Juice Perawan 
Khasiat Juice Perawan  :

1) Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.

2) Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.

3) Menyuburkan rahim &  peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).

4) Menegang &  mencerahkan kulit.

5) Melambatkan proses monopous.

6) Memberikan tenaga dalaman wanita.

7) Meningkatkan sistem imunisasi.

8) Mengurangkan senggugut.

9) Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri

10) Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga. 
Kandungan Juice Perawan D'Herbs:

Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Acai Berry, Kurma, Madu, Roselle, Delima, Kolagen & Air Bertapis.

Cara penggunaan Juice Perawan :
1) Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.

2) Tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid.

3) Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.

JAMU DARA ANGGUN

on Thursday, December 8, 2011


Anda pasti kembali dara
100% HERBA AKAR KAYU ASLI.
Hanya dengan 2-4 biji kapsul sehari dapat membantu anda mengatasi :-
  • Mengecutkan dan mengetatkan rahim & menguatkan kemutan faraj
  • Memperbaiki sistem kitaran haid
  • Mengatasi keputihan lendir dan gatal-gatal
  • Mengatasi masalah sengugut
  • meningkatkan tahap kesuburan
  • Menguatkan sistem peranakan dan merawat luka dalaman selepas bersalin
  • Melegakan sakit pinggang dan sakit belakang serta membuang angin dalam badan.
  • Mencegah kanyer payudara dan rahim
  • Mengatasi masalah buasir
  • Mencantikkan kulit wajah dan melambatkan proses penuaan (awet muda)

Jamu Ratu Dara



Antara khasiat Jamu Ratu Dara :
• Sgt berkesan utk merapatkan serta memantapkan lagi vagina. 
• Sgt berkesan memulihkan masalah keputihan, kegatalan dan bau-bau yang kurang enak di vagina.
• Mengawal lendir dan lelehan vagina.
• Menambahkan tenaga dan melancarkan perjalanan darah.
• Merawat keletihan dan tidak bermaya.
• Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
• Boleh mencegah barah payudara dan rahim.
• Memulih otot dalaman faraj. (Sgt sesuai untuk wanita lepas bersalin)
• Awet muda. Boleh menghaluskan dan mencantikkan kulit (Wajah jadi merah2 berseri)

Ramuan :

Manjakani, Kacip Fatimah, Akar Serapat, Habatus-Sauda & Rempah Ratus Terpilih.

Cara Makan :

• 2 biji pagi selepas sarapan
• 2 biji malam selepas makan malam
• Di ikuti dgn selawat ke atas Nabi.
• Minum dgn air masak / air kosong. Jangan minum dgn air berkarbonat!

= Anak dara juga boleh makan Jamu Ratu Dara ni untuk penjagaan awal..
**Anak dara makan 2 biji sehari memadai..



*** Banyakkan minum air masak.

Health is Wealth - Do You Agree?

on Wednesday, December 7, 2011



I agree whole-heartedly with the saying "Health Is Wealth". If a person is not healthy then he or she will find it very difficult or even impossible to enjoy life, even though he or she may be very rich.

If I am asked to choose one from two of the following things, which will I prefer: health without wealth, or, wealth without health? Without hesitation I will choose the former. There is no doubt.

Wealth is generally associated with how much money a person has, that is, how rich he is. An uncle of mine is very rich. He has just about everything anyone can hope for, and some things no one dares to hope for. That is how rich he is. He lives in a huge mansion guarded by huge dobermans and sophisticated burglar alarms. He has expensive cars, furniture, paintings and other rich man's toys. Well, he has everything except good health.

Everywhere he goes he carries with him a bag of medicine. He has to take pills everyday for his weak heart, diabetes and hypertension. He is about sixty years old and has spent his life accumulating wealth. Without doubt he has succeeded in becoming very rich. However he has also succeeded in becoming very unhealthy too. He laments about his lack of health and says that how he wished that he was young and healthy again. Unfortunately, he cannot regain his health again.

This example of wealth without health is not what I want to follow. It is ridiculous to have so much material wealth but being unable to enjoy it. What is the use of money when one has to take so much medicine everyday just to stay alive? How can one enjoy life when one's body is weakened by disease and pain? No wonder my uncle laments so.

Health without wealth is far better. That is what I have now. I do not have to worry even a bit about what I can eat or do. I eat and do what I like because my body is healthy. Of course I do not abuse it by taking drugs or overexerting myself. I take good care of my body. In that way I stay healthy.

With health I can go about my work with joy. If I become rich, then that is fine. Then again, I may lose my riches, but that is all right too. I can always do the things I enjoy whether I am rich or not. I can play games, swim in the sea, climb hills, eat delicious fruits and appreciate the things of this beautiful Earth. This is indeed wealth - to be healthy and joyous.

SIREH LOVELY CARE..

on Tuesday, December 6, 2011


Rumusan istimewa daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI bertindak 


membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar lebih segar, 


harum dan yakin sepanjang hari.


Kandungan:
1. Piper Betel Extract (Sireh)


2. Quercus Infectoria Extract (Manjakani)


3. Labisa Pumilia Extract (Kacip Fatimah)


4. Aloe Vera Extract


5. Tuberculata Polyheura (Akar Serapat)


6. Vitamin C & E


Kelebihan Produk :


1. Merawat keputihan


2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina


3. Melancarkan perjalanan haid


4. Penyubur kandungan wanita


5. Mengecut dan merawat kembali vagina


6. Mengetatkan faraj


7. Menstabilkan pH wanita


8. Mengembalikan ketegangan

9. Pemulihan luka selepas bersalin


10. Menguatkan saraf bahagian intim wanita untuk kebahagian suami isteri




Kelebihan Herba :


Sireh (Piper betel)


1. Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat (Candica Albican) penyebab keputihan.


2. Antiseptik untuk mengubati gatal dan alahan pada kulit serta ruam.


3. Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan/rahim wanita.


Manjakani (Croton caudatum)


1. Sebagai elemen perawat dinding vagina.


2. Membuang lendir dan partikal asing pada vagina.


3. Menstabilkan pH vagina.


4. Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan.


5. Membantu metabolisma dengan mengekalkan Vitamin E pada epidermis.

Serapat (Parameria laevigata)

6. Merawat saluran peranakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina



Arahan:

Titiskan sedikit Sireh Lovely Care ke tapak tangan & cucikan ke anggota sulit,



 kemudian bilaskan dengan air bersih. Boleh digunakan berulangkali atau bila 


diperlukan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved