Kisah Adam

on Wednesday, August 29, 2012


Khusyuknya Adam !! :)


Ini Adam Darwisy . Dia merupakan pelajar baru saya . Adam berumur 6 tahun , menuntut di sebuah Tadika di Balik Pulau . Ibunya telah mendaftarkannya ke Pusat Tuisyen saya sejak akhir Jun yang lalu . 

Ibu Adam mengenali saya melalu laman Facebook . Lalu bertanya adakah saya menerima pelajar berumur 6 Tahun untuk belajar . Ya, saya menerima dengan tangan terbuka . Ibunya juga memaklumkan kepada saya bahawa Adam masih belum dapat membaca . Mengeja masih merangkak-rangkak . Di Tadika pula, gurunya memberitahu bahawa mereka tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada Adam kerana jumlah pelajar yang ramai . Biasalah, inilah yang sering terjadi di sekolah-sekolah ...:) 

Adam datang belajar dengan saya . Saya mengajarnya mengeja suku kata asas terlebih dahulu . Minggu pertama dia belajar, masih belum lancar mengeja suku kata . Alhamdulillah, berkat usahanya, pada minggu kedua pembelajarannya di sini , dia sudah dapat mengeja perkataan-perkataan asas . Dan saya sudah mengajarnya membaca karangan pendek . Alhamdulillah . 

Saya sangat 'tabik' dengan ibu Adam yang berusaha menghantar anaknya untuk belajar di tuisyen walaupun anaknya masih berumur 6 tahun . Inilah ibu bapa yang peka kepada pembelajaran  anak-anak. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka . 

Saya berazam , akan membimbing Adam sehingga Adam boleh membaca dengan lancar sebelum dia memasukki Tahun 1 . Ini tanggungjawab saya . Saya yakin Adam mampu, ini kerana Adam mempunyai minat dan semangat untuk belajar . Dia suka datang ke tuisyen, walaupun cuti dia akan bertanya kepada ibunya , bila boleh ke tuisyen . :) 

Adam oh Adam, moga Adam berjaya bukan hanya dengan ilmu dunia, inshaAllah ilmu akhirat juga . Aamiin .. ;)

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved