Hari-hari Indah

on Monday, August 27, 2012

Hari-hari adalah hari yang indah. Hari ini setelah seminggu berhari raya saya akan memulakan tugas sebagai guru tuisyen seperti sedia kala . Alhamdulillah, ramai pelajar saya yang sudah menghantar sms dan call saya bertanya bila kelas akan bermula. Semangat sungguh anak-anak didik saya :) 

Menjadi guru tuisyen adalah bukan suatu pekerjaan yang nampak mudah , tetapi bukan mudah seperti yang disangka. Saya memegang amanah ibu bapa pelajar saya untuk mengajar anak-anak mereka. Anak -anak mereka kebanyakkan daripada pelajar yang agak lemah , kurang mendapat perhatian daripada guru di sekolah . Di sekolah, guru-guru mempunyai ramai pelajar untuk diberi perhatian, adakalanya pelajar yang kurang cerdas atau 'lambat' pemahamannya akan ketinggalan,maka tuisyen merupakan solusi yang terbaik buat mereka. 

Menariknya , Pusat Tuisyen yang saya asaskan ini , saya akan memberikan bimbingan kepada semua pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Pembelajaran juga agak santai . Tidak dilupakan juga, latihan tubi akan diberikan supaya mereka menjadi semakin cekap untuk sesuatu topik itu . Pemahaman konsep amat saya titikberatkan. 

Alhamdulillah, pada asalnya , saya hanya suka-suka membuat kelas tuisyen ini. Untuk mencari 'side income' semasa saya bekerja dahulu . Namun , anak-anak didik saya telah berjaya dalam peperiksaan UPSR , berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Justeru, merekalah yang membuat iklan percuma kepada jiran-jiran mereka , di samping saya lebih bersemangat lagi untuk mengembangkan Pusat Tuisyen ini . 


Saya sendiri sentiasa mendoakan kejayaan dan peningkatan prestasi setiap pelajar saya. Saya bukan hanya mementingkan keuntungan semata dengan Pusat Tuisyen ini , tetapi saya berazam akan membantu anak-anak seagama dengan saya agar mereka semua berjaya dalam peperiksaan mereka . Aamiin ya Rabb... :)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved