Siapa yang tidak mahu SIHAT ? Sihat adalah lebih bernilai daripada harta kekayaan ? Mengapa ? Jika anda kaya - raya, tetapi anda tidak sihat , bagaimana untuk anda menikmati harta kekayaan itu ?
Sihat juga amat diperlukan agar kita sentiasa dapat beribadah kepada Allah Taala. Ibadah itu merangkumi ibadah dalam pekerjaan , untuk mencari rezeki . Jika tidak sihat, bagaimana ada upaya untuk mencari rezeki ?
Sihat oh sihat... Semasa sihat inilah kita perlu menjaga kesihatan kita . Untuk lebih sihat, untuk lebih kuat dan bertenaga . Sihat dari aspek fizikal tidak memadai sekiranya mental dan rohani kita lemah . Mental kita perlu sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang terjadi dalam hidup kita . Rohani kita perlu disuburkan dengan melakukan amal ibadah kepada Allah Taala, menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan sebaiknya .
Suka saya berkongsi du'a ini untuk kita amalkan dalam kehidupan harian kita . Mari baca sama-sama ;)
Ya Allah , kurniakanlah kesihatan pada hamba, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada telinga hamba, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada mata hamba , ya Allah hamba berlindung kepadaMU dari kefukuran dan kepapaan , ya Allah,hamba berlindung kepadaMU dari kesengsaraan azab kubur , tiadalah Tuhan melainkan Engkau...Aamiin Ya Rabb ...
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment