Alhamdulillah....Dengan berkat kesabaran saya , kesungguhan saya dalam berdisiplin menyimpan wang, saya berjaya juga mengumpul wang untuk dijadikan ' downpayment' dan berjaya juga 'mencantikkan aliran wang saya di bank.. ini kerana saya bekerja sendiri , tiada slip gaji ..Syukur sangat...Kerana bagi saya, saya hanya redha setelah pegawai bank asyik call saya bertanya itu ini seakan tidak percaya yang saya mampu untuk mengambil MPV ini ...Siapalah anda wahai pegawai...Anda bukan Tuhan untuk menilai saya :) Dan AKHIRNYA , saya dikhabarkan yang pinjaman saya diluluskan, saya hanya tergamam sambil bersyukur kepada Allah atas nikmat ini .. :)
Exora akhirnya muncul dalam hidup saya.. Saya telah bertekad, mengapa saya ingin mengambil EXORA? Mengapa saya tidak mengambil Proton Preve ke, Persona ke ..Ramai bertanya, mengapa ? Ok, Inilah jawapannya ... Saya ingin menggunakan kenderaan saya itu ke jalan Allah..Untuk membawa ibu ayah saya dengan suatu kenderaan yang lebih selesa .. Akan digunaka untuk kebersamaan..Untuk bisnes saya yang akan berkembang suatu hari nanti..Saya yakin..Tawakal kepada Allah dengan masa hadapan saya :)
Ayah dan Exora ( Saya bawa ayah dan emak jalan-jalan di Kedah) |
Memiliki kenderaan MPV memang memberikan cabaran..Kerana 'maintenance' nya, minyak hitam sahaja lebih mahal daripada kereta ..Servis cuci kereta juga. semestinya lebih mahal daripada kereta biasa..Tetapi itulah, cabaran bagi saya, untuk bekerja dengan lebih rajin, lebih lagi dan lebih lagi..InshaALLAH ..Setakat ini, syukur saya masih mampu membayarnya setiap bulan tanpa mengemis kepada sesiapa pun.Ini juga cabaran buat gadis single yang tidak punya suami lagi :P
Sekarang ini, saya sedang melengkapkan ilmu di dada dengan cara yang baik untuk menjaga MPV ini..saya akan pastikan ia berapa di tahap yang baik kerana saya amat sayangkan MPV ini.Inilah lambang air mata saya selama ini. Bukan senang hendak dapatkannya kerana saya bukan dari keluarga yang kaya raya di mana ibu bapa yang membeli kepada anak-anak mereka..saya hanya seorang wanita, yang punya tulang empat kerat dan du'a saban waktu agar setiap impian saya terlaksana..Impian saya adalah impian setiap ibu bapa juga. Jangan lenyapkan impian itu , jadikan ia suatu realiti.. ;)
{ 2 comments... read them below or add one }
NOOR HIDAYAH SEORANG ANAK DAN WANITA YANG GIGIH DAN KUAT SEMANGAT SANGGUP BEKERJA KERAS UNTUK MEREALISASIKAN IMPIANNYA DAN UNTUK MEMANTAPKAN MASA DEPANNYA.....MOGA TERUS BERJAYA DENGAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG ...INSHA ALLAH
August 26, 2012 at 10:20 AM
NOOR HIDAYAH SEORANG ANAK DAN WANITA YANG GIGIH DAN KUAT SEMANGAT UNTUK MEREALISASIKAN IMPIANNYA DAN MEMANTAPKAN MASA DEPANNYA, SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG, INSHA ALLAH...
August 26, 2012 at 10:23 AM
Post a Comment