Fasa Kematangan

on Wednesday, August 29, 2012

Umur saya sudah berangka 25 tahun . Maknaya sudah 25 tahun saya hidup di bumi Allah ini ..Syukur, masih dipanjangkan usia , masih boleh melakukan ibadat kepadaNya . Kini , dalam usia sebegini saya sedang memasukki fasa kematangan di mana sebelum ini saya bergantung kepada ibu ayah  . Namun kini, saya perlu menjalani , menguruskan hidup sendiri tanpa mengharapkan ibu ayah yang semakin berusia . Tidak mahu menyusahkan mereka lagi . 

Ketika mengambil keputusan berpindah dari rumah ibu bapa saya , saya sedikit tidak gundah gulana .Saya tidak takut untuk mengambil keputusan ini . Rumah ini bukanlah rumah semata , inilah 'business centre' saya . Tempat saya mencari rezeki . 

Saya pernah tinggal di rumah sewa , sewaktu tahun akhir di Universiti Malaya dahulu . Saya pernah melalui fasa-fasa kesusahan di mana saya yang 'susah' dari segi duit ringgit terpaksa tinggal di rumah sewa kerana tidak mendapat tempat di hostel . Saya berasa sangat terpaksa . Tiada pilihan waktu itu . 

Namun, saya bersyukur kerana mendapat 'housemate' yang baik-baik belaka. Mereka selalu belanja saya makan . Mendahulukan wang mereka untuk membeli barang dapur ( kami akan kumpul duit dan akan shopping barang dapur bersama-sama ) :)  Mereka tidak berkira dengan saya,mungkin kasihan kepada saya kerana masih belajar dan perlukan wang yang banyak . Saya hanya mendapat separuh sahaja pinjaman PTPTN. Memang tidak 'mampu' untuk shopping bagai seperti rakan yang lain . 

Saya pernah susah. Sewaktu belajar, emak mengirim wang, cukup-cukup untuk makan sahaja. Di mana saya  perlu agihkan duit untuk fotostat , untuk pengangkutan lagi dan lain-lain lagi . Kadang-kadang saya ingin juga keluar bersama rakan-rakan , tetapi saya hanya akan pilih destinasi yang 'murah-murah' sahaja. Bukan tidak teringin untuk mengikut mereka, tetapi keadaan wang yang sering tidak mengizinkan saya . Destinasi yang selalu saya pergi dengan kawan baik saya, Yana ialah Jalan Tunku Abdul Rahman. Kami ke sana hanya untuk mencuci mata . merehatkan minda. Kadang-kadang 'terbeli' juga tudung atau baju yang murah-murah sahaja ... Biasalah, nama pun wanita ..itulah yang sentiasa diminati ..: ) 

Itu kisah pada tahun 2009 .. Ketika masih belajar . Kini , saya sudah mempunyai wang sendiri . Saya sangat menghargai setiap sen yang saya miliki. Kerana saya pernah susah, saya tahu apa itu erti susah. Saya masih 'sayang' untuk berbelanja untuk perkara yang tidak sepatutnya . Hanya mengutamakan apa yang perlu dan penting sahaja . 

Wajah semasa berumur 22 tahun , Final Year  :) 
Meniti fasa kematangan ini , amat memerlukan kesabaran dan kekuatan dalaman. Jika kita tidak kuat , pasti kita akan merungut, menyalahkan orang lain . Saya mahu menjadi kuat . Saya mahu berdikari . Saya mahu berjaya . Anda juga, mari kita kuat , mari kita berdikari dan mari kita berjaya ......^  . ^ 

Eid Mubarak 1433 H 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved