Doa Murah Rezeki

on Tuesday, November 22, 2011

Assalam dan hai korang !!!!

Aya doakan anda semua sihat-sihat belaka...hehehe..ke ada yang demam bola? Apa pun,TAHNIAH  juga Aya ucapkan kepada Harimau Muda ~ Alhamdulillah...berkat usaha,kemenangan pasti milik Malaysia...:)

Hari ini ,hari yang indah, Aya nak kongsi satu doa..Doa murah rezeki..Aya rasa kita semua patut amalkan..Doa ini jika  kita amalkan,tidak rugi ,kawan-kawan..Kerana semua orang pernah mengalami kesulitan dalam hidup terutamanya wang lah punca kesulitan itu..Biasalah,,siapa yang tidak hadapinya,kecuali mereka yang hidup yang hanya bertuhankan wang..:)

Ok,ini doanya...JOM baca sama-sama k...
'Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu". Amin ya Robbal 'alamin.....moga Kau makbulkan ,Ya Allah ~
InshaALLAH,segala apa yang baik kita manfaatkan sama-sama ya....Salam alaik...;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved