Petua Menyerikan Wajah

on Monday, March 10, 2014

Bismillah .....

Alhamdulillah, selesai majlis perkahwinan sepupu saya , Hafiz di Batu Caves. Didoakan agar Hafiz dan pasangan kekal bahagia hingga ke syurga .. Petang yang indah ini saya akan berkongsi tentang PETUA MENYERIKAN WAJAH :) 

Woww.. bestkan ??? Jom baca satu persatu ya...dan amalkan ye :) 



Kita sering lupa bahawa yang menjadikan kita cantik bukanlah ‘make up’ semata-mata tetapi lebih dari itu. Kerana itulah mereka yang mukminin dapat dilihat nur di wajah mereka walaupun tidak menggunakan sebarang alat solek. Tiada salah ingin bersolek sekadarnya. Tetapi adalah lebih baik jika kita serikan wajah kita dengan doa dan sebagai amalan di bawah untuk menyerikan wajah dengan cara Islam.



Sebulan sekali mandialah MANDIAN AURA 7 PURNAMA. Untuk menyerikan wajah dan dalaman kita, kembalikan aura positif dan ceria :) 
1) Amalkan membaca “Ya Qawwiyu”

maksudnya ‘Wahai yang Maha Kuat’
- bacalah selepas memberi salam kedua, yakni selepas solat

2) Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi

- Kita selalu mengamalkan mencuci muka dengan apa sahaja pencuci muka sejurus selepas bangun daripada tidur, walhal amalan itu boleh menghilangkan seri di wajah.
- Sebaliknya adalah lebih baik untuk mencuci muka sebelum tidur dan pastinya akan menaikkan seri muka.

3) Gunakan 3 jari tengah

- sewaktu menggosok muka sama ada semasa mencuci muka atau menempek ‘mosturizer’

4) Berselawat 3 kali

- dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa
“Ya Allah, serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku”

5) Membaca doa ketika melihat cermin

- “Ya Allah, sebagaimana Kau cantikkan wajahku maka perelokkanlah pekertiku”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved