Perniagaan Sumber Rezekiku


 Salam alaik...


Aya ucapkan jutaan TERIMA KASIH kerana sudi menjenguk blog Aya..Blog ini diwujudkan adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi perniagaan yang Aya jalankan. Aya berusia 24 tahun,masih lagi baru dalam bidang ini..Dan diharapkan kawan-kawan,sahabat-sahabat,saudara mara dah seagamaku memberi sokongan seadanya..InshaALLAH,semoga sama-sama beroleh kebaikan..Amin..dan di sini Aya nak coretkan KENAPA Aya pilih perniagaan sebagai SUMBER REZEKI..Jom baca !! :)

Mengapa saya memilih bidang perniagaan?

Catatan Ilmu ~ Perniagaan suatu cara hidup yang mulia 


Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri.
Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya.
Tapi disebabkan tak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tak ramai lah yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai businessman di samping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah, dan sebagainya.


Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana.
Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.


Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.
Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan juga, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.


Apa yang diniagakan oleh baginda?

Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada.
Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga.

Kawan-kawanku,

Marilah sama2 kita fikir dan lakukanlah perubahan dengan mulakanya dari sekarang.
Satu keluarga melayu islam mesti ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W, iaitu berniaga atau jadi usahawan. Seorang ayah harus mulakan pada diri sendiri sebagai langkah awal.
Mulakan apa saja perniagaan  dari yang kecil dan letakan harapan besar untuk generasi akan datang.


Hari ini seorang ayah atau seorang ibu mungkin bermula dengan sebiji kuih yang dijual pada jiran atau kenalan. Tetapi hendaklah berjiwa besar di mana satu hari nanti seorang anak mungkin berjaya dengan perniagaan kuih muih sejuk beku atau frozen food.


Hari ini, seorang datuk mungkin mengedar sesachet kopi radix mai secawan.
Tapi berazamlah satu hari nanti seorang cucu mungkin akan jadi pengeluar atau pengilang kopi yakni sebagai suatu perniagaan.
Inilah yang perlu disematkan dalam minda setiap orang melayu islam jika hendak menguasai ekonomi sendiri.

Berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan.
Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian.
Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak.
Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.


Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas sekali ibadah yang berlaku di mana kebaikan dan pahalanya pula amat banyak. Di antaranya

1. Di dalam Islam berkawan itu disuruh.
Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat.
Melalui perniagaan, kita akan banyak dapat kawan sama ada dari kalangan pembekal-pembekal, kawan-kawan sekerja ataupun para pelanggan.
2. Melalui perniagaan, kita dapat memberi khidmat secara langsung mahupun tidak langsung kepada manusia dan ahli-ahli masyarakat.

3. Islam sangat menggalakkan kerjasama.
Di dalam perniagaan banyak terdapat unsur-unsur kerjasama dan peluang serta keperluan untuk bekerjasama
.
4. Di dalam perniagaan juga ada banyak tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam. Kalau tidak ada tolak ansur tidak boleh berniaga.


5. Perniagaan membantu dan memudahkan manusia dan ahli masyarakat mengurus dan mendapatkan keperluan hidup mereka, terutama di bidang makan minum dan keperluan harian.

Mendahulukan, mengutamakan dan memudahkan orang lain itu sangat dipandang tinggi dan baik dalam Islam.


6. Dengan berniaga kita dapat menyelamatkan barangan keluaran umat Islam sama ada hasil pertanian, hasil ternakan dan lain-lain dengan mengumpul dan memasarkannya.
Kalau tidak, barangan itu akan rosak dan terbuang.
Akan timbul pembaziran.
Dalam Islam pembaziran sangat dilarang.
Menjauhi dan mengelak pembaziran adalah satu kewajipan.


7. Kita dapat memperolehi banyak pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, mengenal barang, mengenal tempat, mengenal cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Dalam Islam, mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut.


8. Dalam berniaga, kita boleh berlatih sabar dan berlapang dada dalam menghadapi berbagai kerenah manusia. Ia sentiasa mencabar emosi dan perasaan kita.
Orang yang sabar diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.


9. Berniaga merupakan salah satu cara untuk memajukan agama, bangsa dan Negara.
Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Tuhan serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala pula di atas kesyukuran mereka itu.


10. Dalam berniaga, kita berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan.
Dengan itu salah satu dari rukun Islam dapat kita tunaikan.
Dapat kita wujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain. Banyak golongan akan terbantu dan terbela.


11. Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki.
Dengan perniagaan, manusia boleh mengelak diri dari menganggur yang ditegah oleh syariat.
Sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.


Jelas sekali bahawa dengan apa yang disenaraikan di atas, begitu banyak syariat Islam dapat kita tegakkan melalui perniagaan.
Maksudnya, berbagai-bagai aspek dalam Islam dapat kita bangunkan di dalam perniagaan.
Apabila banyak aspek yang kita bangunkan maka banyaklah ibadah kita.

Oleh itu, tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur dan menepati kehendak-kehendak syariat itu sebagai orang yang berjihad fisabilillah.
Munasabah juga berniaga itu dianggap kerja paling baik dalam Islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak.
Bersama kita mendapat kebaikannya...Amin ;0 

Salam Kejayaan Dunia & Akhirat...

Ukhwahfillah
Aya Hidaya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved