Salam Rabu yang damai . Hari ini saya ingin berkongsi tentang pendapat dan pandangan saya sendiri tentang " Wanita Perlu Ada Pendapatan Sendiri" .
Mengapa saya mengatakan hal sedemikian ? Pertama, kos sara hidup yang semakin mencanak yang menuntut segalanya memerlukan wang . Gaji suami sahaja tidak mampu menampung segala kos ini. Saya bercakap bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM 2000 . RM 2000 untuk menyara sebuah keluarga bagi saya amat sukar di zaman yang serba perlu duit ini . Bayangkan, RM 2000 untuk membayar pinjaman kereta, sewa rumah, bil-bil air, elektirk belanja dapur dan sebagainya. Jika punya anak yang ramai , perlu diberi komitmen yang lebih lagi .
Hatta wanita yang bekerja yang sering menghulurkan wang belanja dapur dan kegunaan anak-anak, mereka juga sering mengeluh dengan keadaaan ekonomi keluarga yang kian tenat .
Sebagai wanita juga kita tidak boleh mengharapkan suami menyara 100 % kehidupan kita dan keluarga . Fenomena masyarakat sekarang, berkahwin ketika suka dan bercerai ketika tidak lagi suka seakan-akan menjatuhkan martabat wanita . Jika wanita tidak bekerja, bagaimana mahu menyara kehidupan setelah berlaku pergolakan rumah tangga ?? Ya, inilah yang berlaku di negara kita. Desakan hidup, penceraian yang semakin membimbangkan dan pelbagai lagi masalah dalaman yang akhirnya memberi kesan dalam hidup wanita .
Benar, saya masih belum berkahwin , belum menjejaki ke alam rumahtangga, namun fenomena di sekeliling saya sendiri yang sering terjadi kes-kes sebegini . Saya banyak belajar daripada mereka yang telah melalui krisis rumah tangga. ;(
Bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini ?
Kini, terdapat pelbagai peluang perniagaan dan aktiviti menjana wang dari rumah . Mungkin suri rumah yang tidak bekerja boleh memulakan perniagaan mengikut kemahiran yang mereka ada seperti membuat kuih , membuat kerepek , menjahit baju , mengasuh anak-anak jiran, menjual nasi lemak, menghasilkan produk sejuk beku dan sebagainya .
( Ini kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat kita )
Suri rumah atau wanita yang ingin menambah pendapatan juga boleh memulakan perniagaan sebagai 'agen dropship' mana-mana syarikat di mana mereka tidak perlu menyimpan stok . Mereka hanya perlu berkongsi tentang kebaikkan produk dan mengambil tempahan daripada pelanggan. Kaedah ini amat mudah dan in shaa Allah jika rajin pendapatan akan meningkat juga .
Suka saya berkongsi di sini tentang kisah Kak Siti. Saya mengenali Kak Siti menerusi Facebook, di mana beliau merupakan pelanggan saya. Beliau bekerja sebagai guru Tadika. Bergaji hanya RM 500 , beliau dengan gigihnya menjalankan perniagaan online, menjadi agen dropship. Beliau tidak pernah jemu berkongsi kebaikan produk-produk yang dijualnya . Kagum saya melihat kesungguhan dan komitmen beliau . Secara tidak langsung, memberikan inspirasi kepada kami, golongan muda ..
Kak Siti selalu berkata kepada saya, dia tidak punya modal.. Beliau ada mencadangkan kepada saya untuk menjadi agen kepada produk yang dijualnya. Beliau tidak kedekut berkongsi dengan saya. Subhanallah... Inilah contoh wanita yang gigih , yang tidak kedekut ilmu dan in shaa Allah suatu hari nanti pasti akan berjaya .
Kini 2014 , saya ingin memberi ruang dan peluang kepada suri rumah dan wanita yang ingin menambah pendapatan agar menjadi agen dropship Let's Gorgeus Enterprise . Tiada modal diperlukan, apa yang diperlukan hanya kesungguhan dan kesungguhan .
In shaa Allah, Rezeki Allah SWT ini amat luas. Kita tidak boleh merungut dan menyalahkan sesiapa dalam hal kenaikan kos sara hidup ini , kita hanya perlukan kesungguhan , minat dan komitmen untuk mencari peluang dan ruang untuk mengharungi semuanya.
Sesiapa yang berminat segera SMS saya di nombor 019- 4774705 untuk tidakan lanjut .
Wanita kini mampu bekerja di rumah di samping menjaga sendiri anak-anak |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment