Magnet Menarik Rezeki :)

on Wednesday, February 26, 2014

Bismillah .....

Rezeki merupakan sesuatu yang subjektif. Rezeki bukan hanya berupa wang ringgit dan harta , ia lebih daripada itu . Kurniaan kesihatan yang baik merupakan rezeki , urusan dipermudahkan juga merupakan rezeki , nikmat meluangkan masa dengan ibu ayah, dengan anak -anak juga merupakan rezeki . 

Magnet menarik rezeki ... Pelbagai cara yang disarankan yang boleh dijadikan magnet dalam menarik rezeki mendekati kita . Antara yang lazim saya lakukan dan boleh kita semua lakukan adalah :

1. Berbuat baik dengan ibu bapa. Beri sedikit sumbangan kepada ibu ayah walaupun mereka mempunyai wang sendiri .

2. Menjelaskan hutang . Membayar hutang bank , hutang bisnes dengan segera di awal bulan .  

3. Solat Dhuha. Solat Dhuha amat mudah dilakukan namun kekangan masa menjadi alasan untuk tidak berbuat solat Dhuha.

4. Melazimi SEDEKAH. Sedekah walaupun dengan RM 1. Sedekahlah walau di saat kita berasa kekurangan dan berasa perlu . Sedekah dapat membuka luas rezeki kita. 

5. Melazami Bacaan Al-Quran terutama surah Al-Waqiah. Jadikan amalan bacaan kerana surah ini merupakan surah kekayaan . 

6. Menjamu adik beradik dan keluarga. Jangan kedekut untuk membelanjakan adik beradik dan keluarga sendiri . 



Bersyukur selalu merupakan magnet menarik rezeki :) 



Bagaimana dengan anda ? Ini tips yang saya amalkan dan in shaa Allah istiqomah dalam amalan-amalan ini . Semoga rezeki kita sentiasa diperluaskan Allah SWT. 

Aamiin ya Allah .... 
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

nurul said...

salam..smga murah rezki awk. Banyak ye product awk jual :)


February 27, 2014 at 1:51 PM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved