Assalammualaikum dan salam Selasa yang menawan . Terima kasih kerana sudi menjenguk membaca blog saya , mentalaqi sedikit input dan ilmu daripada penulis yang masih menimba ilmu dan akan terus menimba ilmu tanpa jemu .In sha Allah .
Tujuan penulisan saya pada hari ini adalah perkongsian tentang 'makanan tambahan membantu perkembangan minda anak-anak' .
Alhamdulillah, sejak dari kecil , di bangku tadika hinggalah ke alam universiti , ibu ayah saya tidak pernah lupa untuk memberikan 'makanan tambahan ' sebagai 'booster' untuk minda kami adik -beradik . Pelbagai jenis makanan tambahan yang diberi , antaranya ialah kismis ( wajib ) , kurma , vitamin Amway , HPA dan lain -lain lagi .
Ibu ayah sentiasa mengingatkan kami agar makan makanan tambahan dan vitamin supaya tidak mudah letih dan sentiasa fokus ketika belajar . Teringat saya ketika di sekolah Rendah, emak 'paksa' saya menelan vitamin Amway yang saya rasakan amat tidak sedap :D :D Tetapi emak masih menyuruh saya menelannya .
Alhamdulillah, kami adik-beradik sentiasa diberikan kesihatan yang baik . Kami juga sentiasa menyerlah dalam setiap peperiksaan ( Alhamdulillah ;) ) , menyertai dan mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan... Inilah berkatnya usaha dan ikhtiar yang ibu ayah saya lakukan .
Pernah di alam Universiti, rakan saya seolah-olah kagum dengan vitamin yang dibekalkan oleh ibu saya kepada saya. Saya akan memakannya selepas kami bersarapan di Cafe Universiti . Tanpa rasa segan silu, saya akan membuka beg dan memakan vitamin itu. Natijahnya , tubuh badan menjadi lebih sihat , minda sentiasa berkembang untuk menghadapi pembelajaran yang kian mencabar . :)
Kini , ketika saya menjalankan Pusat Tuisyen Aya Hidayah, saya sentiasa menasihati anak-anak didik saya agar JANGAN MAKAN KEROPOK dan MAKANAN RINGAN YANG TIADA KHASIAT . Saya menyarankan mereka agar makan makanan tambahan seperti kismis dan sebagainya . Saya turut memberikan mereka Kismis ketika proses pembelajaran di kelas tuisyen . Alhamdulillah, mereka menyukai kismis lalu saya menjual kepada mereka
( untuk stok di rumah pula :P )
Ibu bapa yang prihatin , anak-anak kini menghadapi zaman konkrit , zaman yang penuh dengan cabaran , zaman yang penuh dengan persaingan.. Kita boleh membantu mereka dari segi memberikan makanan yang baik untuk minda dan tubuh badan . Makanan tambahan berfungsi sebagai agen untuk mengepam darah dengan baik , menghantar oksigen ke otak dan in shaa Allah mereka akan lebih aktif sewaktu proses pembelajaran di sekolah .
Bekalan air masak juga amat penting. Mengapa saya katakan amat penting ? Ini kerana pengalaman saya sendiri di mana anak-anak murid mengatakan DAHAGA.. lalu saya bertanya mengapa tidak membawa bekal air ?? Cuba kita lihat anak-anak Cina membawa bekal air , botol besar ke sekolah tanpa segan silu . Impaknya, bukankah mereka lebih 'cerdik' daripada kita ??
Bagaimana anak-anak mahu fokus ketika belajar jika fokus mereka sekarang adalah DAHAGA ?? Jika di sekolah, waktu pembelajaran lebih panjang, mampukah anak-anak kita menahan rasa dahaga ?? Hmmm, rasanya semuanya tahu jawapannya .
Sepanjang saya mengajar, saya sendiri dapat melihat perbezaan antara anak-anak yang mengambil makanan tambahan . Ini kerana impak setelah mengamalkan makanan tambahan ternyata dapat dilihat dengan penglibatan mereka di dalam kelas , komitmen , fokus mereka dan ketrampilan mereka . Beza dengan mereka yang tidak mengambil sebarang makanan tambahan .
Makanan tambahan kita tidak perlu membelinya sekiranya kita tiada 'budget' yang besar , memandailah dengan membeli kismis, kurma , minuman nutrisi yang berpatutan dan sesuai dengan budget kita . Elakkan pembaziran wang anak-anak yang gemar membeli makanan ringan , makanan segera dan membeli benda-benda yang tidak sepatutnya . Apa kata dengan wang tersebut, kita membeli makanan tambahan. Mereka bukan sahaja mendapat khasiat malah dapat mendidik anak-anak agar tidak membazir wang dengan membeli perkara yang tidak sepatutnya .
Secawan minuman coklat nutrisi mampu membekalkan tenaga di pagi hari anak anda !!! |
Harapan saya agar sedikit sebanyak input ini dapat dijadikan panduan oleh ibu bapa . Bantulah anak-anak kita kerana di sekolah, perkembangan minda anak-anak dengan rakan-rakan yang lain adalah tidak sama. Kadang-kadang anak-anak berasa rendah diri kerana mereka tidak 'setaraf' dengan rakan -rakan yang lebih bijak pandai .
Selain usaha, doa, kita ikhtiar setakat yang mampu . Selebihnya hanya Allah SWT yang mengizinkannya .
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca :)
Jazakallahu Khairan Kasira
Penulis yang masih menimba ilmu ,
Aya Hidaya
Pengusaha dan tutor Pusat Tuisyen Aya Hidayah
{ 1 comments... read them below or add one }
bestnye post ni.. saya mmg tengah mencari2 booster utk anak sekarang ni.. leh suggest tak ape yang sesuai
February 25, 2014 at 12:08 PM
Post a Comment