Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi

on Thursday, February 27, 2014

Bismillah...

Perkongsian di malam Jumaat yang tenang ini adalah kelebihan membaca surah Al-Kahfi . Biasanya, amalan membaca surah Yassin adalah keutamaan masyarakat kita. Namun, Rasulullah sendiri menyatakan khususan kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada hari Jumaat. 

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.” 

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)

Subhanallah, hebatkan kelebihan membaca surah ini. Saya jadikan kelebihan khususan ini sebagai inspirasi saya untuk membaca surah ini. Surah ini agak panjang , pada mulanya saya berasa agak sukar untuk istiqomah membacanya, namun lain pula jadinya sekarang. Jika tidak membacanya pada hari Jumaat saya berasa 'lain macam' .... :) 

Jom jadikan amalan kita selain melazimi surah Yassin . :)  
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Slm, selain membaca, sangatlah baik jika kita dapat belajar dan memahami erti dan tafsir serta mengamalkannya.


March 1, 2014 at 11:22 AM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved