Kelakuan & Cara Menangani Anak Terlebih Manja

on Sunday, February 23, 2014

Bismillah .....

Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu .. 


In shaa Allah, saya akan berkongsi kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja yang dirasakan perlu bagi mengetahui perilaku ciri-ciri anak manja dan bagaimana untuk menanganinya ... 


Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.

1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula.

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.






Bagaimana menangani Anak Terlebih Manja ?? 


*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukkan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba !! ^_^ 



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved