2014 yang ohsem

on Friday, February 21, 2014

Bismillah 

Alhamdulillah , bersyukur saya kepada Allah SWT atas nikmat Islam, nikmat pancaindera, nikmat kesihatan yang diberikan Allah SWT . 

2014 bagi saya amat ohsem .. Alhamdulillah .. Hampir 4 tahun saya 'bekerja sendiri ' sepenuh masa , menjalankan  perniagaan sendiri , menggaji diri sendiri , mencarum untuk diri sendiri .. Pelbagai ranjau , onak duri yang perlu dihadapi , namun Allah SWT masih memberikan kekuatan dan bantuan . 

Pusat Tuisyen Aya Hidayah saya telah mengusahakannya hampir 6 tahun , 2 tahun secara part time dan 4 tahun secara sepenuh masa  telah mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk Balik Pulau . Walaupun kami serba kekurangan dari segi medium pemasaran , namun medium 'mulut ke mulut' yang menjadi hebahan kepada orang ramai . 

Bukan berhajat mendabik dada, siapalah saya yang berhak untuk meninggi diri, apa yang terlintas disanubari adalah untuk berkongsi kepada sahabat semua ..  

Jika kita melakukan atau mengusahakan apa jua perkara yang kita CINTA , MINAT dan  SAYANG , kejayaan sendiri yang akan mengejar kita . Kita tidak perlu mengejar kejayaan. :) 



Subhanallah... Rezeki Let's Gorgeus Enterprise juga semakin mencanak . Let's Gorgeus juga kini memasarkan pelbagai jenis perubatan sunnah . Antaranya ialah Habbatus sauda, Susu Kambing , Kismis , Air zam -zam dan pelbagai produk lagi . In shaa ALLAH, barisan makanan sunnah adalah yang terbaik seperti yang disarankan di dalam Al-Quran . 



  

Semoga impian saya akan menjadi kenyataan untuk menjadikan 2014 adalah tahun yang paling gemilang , indah dan bahagia. Janji Allah itu pasti...saya amat percaya .... 

Allahumma ameen ... 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved