Siapa yang tidak pernah keputusan wang? Siapa yang tidak pernah 'sesak duit' ? Siapa yang
tidak pernah merungut tiada wang ? Semua pernah..Kecuali mereka yang benar-benar kaya
-raya sahaja...
Namun,
Mengapa perlu kita merungut ? Bukankah Allah Taala telah memberikan kita tulang 4 kerat
untuk mencari rezeki ? Rezeki Allah sangat meluas..Sangat subjektif...Di samaping usaha,
kita perlu berdu'a kepada Allah Taala..Agar Allah sentiasa meluaskan rezeki kita dan
memberikan rezeki yang tidak pernah kita sangka...
Jom, amalkan Du'a ini..mudah-mudahan setelah kita berusaha, kita amalkan dan redhailah
dengan setiap rezeki Allah Taala kepada kita ..;)
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment