Saya dan Kopi

on Monday, September 3, 2012

Saya merupakan penggemar kopi sejak dulu lagi . Tetapi saya hanya menggemari kopi-kopi yang hanya mempunyai khasiat seperti Radix, Mahkota Dewa , Guarana dan lain-lain lagi . Saya amat tidak menggemari kopi hitam serbuk yang perlu dibancuh dengan gula. Kerana bagi saya kopi tersebut tiada khasiat . 

Kopi akan membuatkan mata saya celik , badan berpeluh dan bertenaga. Sekiranya saya lemah , berasa tidak sihat ,saya akan membancuh kopi Mahkota Dewa dan menikmatinya begitu sahaja. Ketika saya demam, saya tidak akan mengambil Panadol, tetapi saya akan meminum kopi supaya badan berpeluh dan kembali bertenaga . 

Jika saya mengalami kesakitan semasa 'datang bulan' juga, saya akan mengamalkan kopi Mahkota Dewa ini . Kopi ini akan mengeluarkan angin-angin yang tidak diperlukan dan kesannya akan membuatkan kesakitan semasa 'datang bulan' berkurangan . Cubalah , sekiranya anda sering kesakitan setiap bulan :) 




Biasanya, saya suka minum kopi ini ketika waktu pagi sebelum bersarapan dan juga ketika petang hari . Pada waktu pagi , kita memerlukan tenaga yang optima untuk melakukan tugasan harian , manakala pada waktu petang kita perlu 'top up' semula tenaga yang telah semakin hilang itu ..( Saya mengajar kelas malam , jadi perlu lebih bertenaga pada waktu malam ) 

Kopi ini juga baik membantu penghadaman kita . Masalah sembelit tidak ada lagi dalam kamus hidup saya. Maka, antara lain kebaikkan kopi ini adalah saya akan mudah untuk pembuangan air besar ..:) 


Cubalah amalkan kopi ini dalam minuman harian anda. Oh, tidak dilupakan juga air masak perlu diminum dengan kadar yang mencukupi untuk menstabilkan suhu badan kita . :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved