Terima Kasih Daun Keladi

on Wednesday, August 29, 2012

Post ini saya tujukan khas buat semua pelanggan Let's Goegeus Enterprise yang telah membeli dengan saya . Tidak lupa juga kepada yang bertanya , kalau-kalau minat jangan lupa inform saya untuk order ya ..:) 

Alhamdulillah, belum setahun lagi perniagaan saya ,saya telah mempunya ramai pelanggan tetap. Syukur. Terima Kasih kerana mempercayai setiap produk yang saya pasarkan , terima kasih kerana memilih saya untuk membuat pembelian sedangkan terdapat ramai lagi seller di luar sana . Mungkin anda senang berurusan dengan saya ;)

Tanpa pelanggan , siapalah seorang penjual . Tanpa pelanggan apalah erti sebuah perniagaan . Tanpa pelanggan , sia-sia saja Sijil Daftar SSM yang tergantung di premis ...;) Perniagaan produk kesihatan ini banyak persaingannya, namun saya kuatkan hati juga, dengan semangat dan du'a daripada ibu saya , 'mentor' saya dalam perniagaan dan juga rakan bisnes saya . Saya gagahi jua walau kekangan modal. Ya, Modal merupakan musuh utama sesebuah perniagaan . Namun , saya tidak mahu menjadikan ia suatu masalah, saya akan cuba berusaha mengatasinya . InshaALLAH ...

Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua pelanggan saya. Moga Allah Taala meluaskan lagi rezeki kalian . Moga ukhwah kita bukan hanya sebagai penjual dan pembeli, saya lebih suka berkawan dengan setiap pelanggan saya . :)

Terima kasih daun  keladi ,
Ada rezeki , beli lagi ... :p 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Let's Gorgeus All Rights Reserved