Salam kawan-kawan....
Semoga hari ini,kawan-kawan semua diberikan kehidupan yang lebih baik...sihat selalu ya...:)
Hari ni Aya nak berkongsi tentang MOTIVASI...siapakan idola anda? Apakah penyumbang kepada anda untuk berubah atau lebih tepat ke arah yang lebih baik dan sempurna ??
Bagi Aya,Aya banyak berubah setelah melihat akan pengalaman orang-orang yang telah mengalami sesuatu perkara itu.Maknanya Aya ambil sesuatu itu sebagai pengajaran,dan menyedarkan diri Aya agar tidak membuat seperti apa yg beliau buat...dan juga aya akan memerhatikan persekitaran,jika dia susah,aku ni sepatutnya sangat2 bersyukur kerana lebih baik lagi daripadanya...Alhamdulillah...Bukankah Allah dah kata,sesiapa yang bersyukur ,maka aku akan tambahkan nikmat...Subhanallah....Dan Aya juga berdoa agar orang yang lebih susah itu diberi rezeki yang lebih murah oleh Allah swt...Amin...
Motivasi juga Aya selalu dapatkan dengan meminta pandangan daripada orang-orang lama...hehehe...seperti ibu Aya sendiri,rakan-rakan niaga yang lebih berusia yang mempunyai sangat banyak ilmu dalam hidup...Daripada situ,kita dapat jadikan panduan untuk kehidupan yang mendatang...
Kawan-kawan,hidup ini,jika kita tiada masalah,bukan manusialah namanya itu..hehehe :P..Cuma kita boleh mencari jalan penyelesaianny...Tenang-tenangkanlah diri,senyumlah di bibir dan ceriakanlah riak wajah...Mohonlah bantuanNya...Sesungguhnya,ALLAH akan selalu membantu hamba-hambaNya yang selalu mengingatinya..Subhanallah..:)
MOTIVASI DIRI |
Aya selalu juga berpesan kepada diri,Jangan bergantung kepada sesiapa..Cuba berbuat suatu perkara itu,sehabis baik dan cuba berdikari...Jika bergantung kepada orang lain,kita tidak akan dapat belajar sesuatu perkara itu dan kita juga seolah-olah tidak memberi peluang kepada diri untuk mempunyai pengalaman sendiri..Bukankah pengalaman merupakan sesuatu yang indah dalam hidup? :)
YA ALLAH,
selagi aku masih bernafas di muka bumiMu ini,
KAU kuatlah aku...
Bantulah aku sepanjang hayatku...
Amin ya Robbal 'alamin...
Salam alaik......:)
Aya Hidaya